Kemerosotan
dan kemunduran tamadun Islam merupakan perkara yang sering
diperkatakan, bukan sahaja oleh para pemikir moden tetapi juga ulamak
dan negarawan. Kemorosatam tamadun Islam ini menjadi semakin parah di
sekitar abad ke 18 dan negara-negara Islam dijajah. Umat Islam mengalami
kebekuan pemikiran dan kerohanian. Kemunduran ini bermula dari rentetan
jatuhnya Baghdad di tangan tentrera Mongol pada tahun 1258. Beberapa
pandangan dan pendapat diberikan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
membawa kepada kelemahan umat Islam dan cara mengatasainya.
Antara perkara yang
sering ditimbulkan ialah kefahaman yang salah terhadap Islam, amalan
umat Islam jauh terpesong dari ajaran yang sebenar. Menyedari hakikat
ini, para reformis Islam mula mengerahkan tenaga dan fikiran untuk
mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang luhur.Antara ulamak
reformis yang membicarakan perkara ini seperti Jamaluddin al-Afghani,
Sayyid Qutb, Hassan al-Banna, Muhammad Abduh, Maududi, Syed Ahmad Khan,
Agus Salim, Sokarno dan Mahathir Mohamad
Kepentingan sirah dan Manhaj NabawiDr.
Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahawa tujuan memahami sirah ialah
agar setiap orang muslim memperolehi gambaran sebenar tentang hakikat
agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi Muhammad
s.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah
dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirah mengandungi beberapa faedah.
Antara lainnya ialah memahami keperibadian nabi melalui celah-celah
kehidupan dan keadaan-keadaan yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan
bahawa nabi Muhammad bukan sahaja seorang yang terkenal di antara
kaumnya sahaja tetapi sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang
didukung oleh Allah dengan wahtu dan taufik dariNya. Kedua ialah agar
manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam seluruh kehidupan yang
utama untuk dijadikan dastur dan pedoman kehidupan.Tidak diragukan lagi,
betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu aspek
kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah
secara jelas dan sempurna.
Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia seperti firman Allah yang beermaksud :
“ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21)
Ketiga ialah agar manusia mendapatkan dalam mempelajari sirah
Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab
Allah dan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat
al-Quran yang boleh ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui
peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya.
Keempat ialah dengan mempelajari sirah ini seseorang muslim dapat
mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang benar,
sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi
bahawa kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah
prinsip dan hukum. Kelima ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki
contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Adalah Rasulullah s.a.w.
seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak berputus
asa mencari pendekatan terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode
dakwahnya.
Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan
sehingga hari ini ialah kerana seluruh kehidupan baginda mencakupi
seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai
peribadi ataupun sebagai anggota masyarakat yang aktif. Kehidupan
Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai
seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah
kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang mengerahkan
segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam. Juga sebagai ketua
negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai
suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima
perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagai
muslim secara keseluruhannya dapat melakukan secara seimbang antara
kewajipan beribadat kepada Allah dan bergaul dengan keluarga dan
masyarakat dengan baik. Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan
aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan yang tercermin dalam
qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang
pembuka kota negara, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah
selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah dan jika anda
mengalami kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda
berada di antara sahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan.
Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh
Rasulullah di Suffat dalam masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar
maka gambarkanlah anda berada di antara Jibrail yang menyampaikan wahyu
kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah
s.a.w dalam meletakkan hajarul Aswad.
Nilai-Nilai Agama Pendorong Memperkasa Tamadun
Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji
membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang
objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu
suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik,
keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu
generasi di dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud
tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang
tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau
digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau
bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai. Bentuk ideal kehidupan
itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan
kepada nilai-nilai yang dianuti.
Sesuatu tamadun akan mengalami 3
peringkat iaitu peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak,
peringkat beku dan menurun, peringkat keruntuhan dan kemusnahan. Menurut
Malik bennabi, tamadun peringkat kelahiran ditunjangi oleh idea
keagamaan (fikrah diniyah) atau kerohanian dan ia bertemu puncak apabila
kerohanian bercantum dengan akal. Kemudian tamadun itu akan menurun
apabila unsur-unsur kerohanian sudah diketepikan. Tinggallah akan
sendirian, tanpa bimbingan roh. Kemudian ia akan sampai kepada peringkat
kehancuran apabila roh dan akal tidak lagi memandu kehidupan manusia.
Ketika itu, hawa nafsu menjadi tuhan, berlaku korapsi dalam pentadbiran,
penipuan, rompakan dan berbagai kebejatan moral yang akhirnya
mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.
Untuk membina
semula tamadun Islam, umat Islam harus kembali merenung diri sendiri
untuk mencari penyakit yang dihadapinya. Mencari jalan untuk bangun
tanpa mengetahui penyakitnya yang menyebabkan kejatuhan tidak dapat
memperolehi kejayaan. Tiga penyakit yang sedang dihadapi oleh masyarakat
Islam hari ini ialah pemikiran yang mati, jiwa yang lemah dan iman yang
telah padam sinarnya. Oleh itu, untuk membangun semula hendaklah
diubati ketiga-tiga penyakit ini.. Di samping itu, kekuatan jiwa
merupakan benteng utama dalam menghadapi cabaran zaman dan gelombang
pergolakan dunia.. Umat Islam perlu mengangggap kerohanian sebagai satu
aspek yang penting dalam membangunkan umat. Ajaran kerohanian ini perlu
dilihat dalam konteks fungsi sosialnya yang mendatangkan faedah dan
kebaikan kepada kehidupan manusia. Dari latihan-latihan kerohanian ini
akan lahir peribadi-peribadi mulia untuk membentuk suatu dunia yang aman
damai.Malangnya, umat Islam tidak menghayati fungsi sosial agamanya di
mana agama dan ajaran-ajarannya yang dinamik tidak dihayati dengan
sebenarnya. Hasilnya lahirlah ajaran Islam dalam bentuk yang negatif dan
beku. Amalan-amalan ibadat yang dilakukan tidak mempengaruhi tingkah
laku dan perbuatan mereka.
Oleh itu, masyarakat Islam perlu
membebaskan diri dari warisan negatif yang dipusakainya sejak enam abad
yang lalu dan selagi mereka ragu-ragu untuk membawa perubahan ke dalam
diri manusia sesuai dengan ajaran Islam yang murni maka selama itulah
usaha-usaha untuk mewujudkan perimbangan, kestabilan dan kemakmuran di
dalam kehidupan serta membentuk tamadun baru akan gagal. Antara sikap
negatif yang perlu dielakkan dalam menguatkan tamadun iaitu penghakisan
nilai-nilai pokok tentang kebaikan, kebenaran, kesetiaan dan timbulnya
aliran kerohanian yang bercanggah dengan Islam. Perkara ini berlaku
akibat pegangan terhadap unsur-unsur fahaman yang salah dan pegangan
kepada agama yang sesat serta penafsiran yang tidak benar. Di samping
itu, budaya mendewakan celebriti diutamakan daripada budaya mengikut
contoh teladan yang sempurna daripada para nabi dan rasul dan mereka
yang telah berjasa dalam sejarah Islam. Budaya ilmu juga diperdagangkan
untuk mengaut keuntungan jangka pendek sedangkan ia merupakan teras
dalam pembentukan peribadi yang bersepadu dan melahirkan masyarakat
berilmu.
Apabila kita berfikir tentang pembinaan tamadun Melayu
ia mestilah berakar kepada nilai-nilai ajaran Islam dalam ertinya yang
luas dengan mengambil kira spektrum yang mencakupi intelektual, rohani,
moral, peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan, siasah, sains dan
teknologi terkini dalam memenuhkan keperluan negara sebenarnya. Bangsa
Melayu telah bersatu padu dalam pegangan Islam dan faham ahli Sunnah wa
jamaah. Ini merupakan faktor asas yang tidak boleh diganggu gugat.
Penghayatan kepada agama memberi kekuatan dan pendorong dalam membina
tamadun. Malik Bennabi menegaskan bahawa tamadun tidak mungkin lahir
melainkan dengan adanya kepercayaan agama. Malah tamadun sesuatu umat
itu tidak akan lahir melainkan mengikut wahyu yang diturunkan dari
langit. Jelaslah bahawa nilai-nilai agama yang diturunkan dari langit
merupakan faktor yang sangat penting dan merupakan pengatur serta
penyusun dalam pembinaan sesuatu tamadun. Oleh sebab itu, golongan yang
menyeru manusia supaya kembali kepada ajaran agama dan keimanan dalam
usaha membentuk tamadun lebih hampir kepada kebenaran dari golongan ahli
politik dan islah yang memisahkan agama dari kehidupan. Pemisahan iman
dari kehidupan menjadikan menjadikan manusia hidup tanpa erti yang
menghilangkan ghairah untuk memahami sesuatu dan akan hilang nafsu untuk
bekerja. Itulah sebab kebangkitan umat Islam sekarang mengalami
kegagalan. Pembinaan tamadun hendaklah berpaksikan kepada kerohanian dan
akhlak Islam yang benar untuk menjamin kesejahteraan hakiki. Tamadun
itu juga mesti berteraskan hidup mengikut aturan-aturan syarak dalam
hubungan dengan Tuhan, keluarga, kejiranan, kemasyarakatan dan
kebangsaan. Di samping tamadun itu, tamadun yang membangunkan ekonomi
yang adil, sama rata dan saksama dengan agihan hartanya yang wajar,
tanpa unsur penindasan dan penzaliman.
MEMBANGUN TRADISI KEILMUAN ISLAMTradisi
keilmuan Islam berkembang pesat dengan tertubuhnya pusat pengajian
terkenal di Baghdad, Basrah, Kufah dan Andalus. Begitu juga perkembangan
perpustakaan yang menjadi pusat penyelidikan para ilmuan Islam. Pada
mulanya masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu sebelum terdirinya kuttab
(tadika), madrasah (sekolah) dan Jami’ah (universiti). Ada beberapa
faktor yang menyebabkan tradisi keilmuan Islam ini berkembang pesat
iaitu galakkan daripada pihak khalifah dengan mendirikan institusi
pendidikan, toko-toko buku dan perpustakaan berkembang pesat, guru-guru
yang mengajar dengan penuh keikhlasan serta kegiatan pembukuan dan
menjilid yang pesat ketika itu.
Kita sungguh kagum apabila
membaca sejarah umat Islam dahulu yang begitu berminat membaca ,
mengajar serta memperkembangkan ilmu. Masing-masing berlumba-lumba untuk
memberi saham dalam memajukan institusi pendidikan dengan mewakafkan
sebahagian daripada harta mereka.
Kegiatan keilmuan ini
membuktikan bahawa tradisi keilmuan Islam berkembang pesat pada zaman
tersebut bersama dengan kegemilangan tamadunnya. Sesuatu tamadun tidak
dapat dibina tanpa tradisi keilmuan. Dengan kata lain, sesuatu tamadun
berkembang berseiringan dengan tradisi keilmuan yang mantap dan tuntas.
Oleh sebab itu, pembinaan tamadun kini mesti mengambil kira tradisi
keilmuan dengan mewujudkan dan memperbanyakkan institusi pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Begitu juga, kita perlu
melahirkan ulama, sarjana dan pemikir yang berkaliber yang mampu membuat
kajian, penyelidikan dan penterjemahan. Tanpa unsur-unsur tersebut
institusi pendidikan dan keilmuan tidak akan berkembang.
Perkara
yang kita kehendaki sekarang ialah ibukota Kuala Lumpur bukan sahaja
terkenal sebagai destinasi pelancongan tetapi juga dikenali sebagai
pusat keilmuan sekurang-kurangnya di rantau ini sebagaimana yang berlaku
di kota metropolitan yang lain seperti London, Paris, St. Andrew,
Sorboune dan Kaherah. Mereka datang bukan sahaja membawa balik barangan
elektronik buatan Malaysia tetapi beg-beg mereka penuh dengan buku-buku
tulisan ilmuan kita. Inilah yang kita harapkan. Untuk mencapai impian
tersebut maka para sarjana dan intelek Islam tempatan perlu bekerja
keras dalam mewujudkan suasana tradisi keilmuan yang harmonis.
Perkara-perkara asas seperti buku rujukan perlu diperbanyakkan,
penyelidikan mesti diperhebatkan dan perpustakaan perlu ditambah lagi
atau sekurang-kurang buku-bukunya. Tabiat menulis di kalangan para
sarjana dan ulama perlu dipertingkatkan lagi. Mereka perlu memikir
apakah jenis buku serta penyelidikan yang diperlukan oleh masyarakat
hari ini terutama dalam menghadapi pasca modernisme. Adakah hanya
terbatas kepada buku-buku ringan semata-mata. Para penulis Islam perlu
mengenal arus perdana dan keperluan yang harus dihadapi di zaman pasca
modenisme ini. Sesungguhnya cabaran ilmuan sekarang lebih sengit dan
tajam lalu menuntut penglibatan yang total daripada ilmuan itu sendiri.
Pada hari ini para ulama dan sarjana tidak boleh maju hanya berbekalkan
“air liur” semata-mata tanpa menghasilkan buku ilmiah terutama
karya-karya agung Melayu yang sewajibnya diterjemahkan ke bahasa
antarabangsa. Walaupun kemungkinan kita akan mengalami kerugian dari
segi material. Dengan demikian, harapan untuk menjadikan Kuala Lumpur
tempat tumpuan peminat-peminat buku untuk berkunjung akan tercapai.
Peranan Ulamak dalam pmbinaan tamadunMenurut Dr. Abdul Halim El-Muhammady, para ulama masa kini perlu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan seperti berikut :
1)
Menyambung tradisi ilmu yang diasaskan oleh ulama tradisional melalui
pengajaran dan penulisan, agar kesinambungan ilmu berterusan berlaku,
terutamanya ilmu-ilmu asas keislamanan. Kesinambungan ilmu di segi
penulisan telah terputus sejak seratus tahun yang lalu selepas
meninggalnya ulama-ulama besar seperti al-raniri, Daud al-Fatani, Abdul
Samad al-Falambani dan lain-lain. Penulisan ilmu yang dimaksudkan di
sini ialah penulisan yang lengkap dan bercorak ilmiah dalam
bidang-bidang tertentu.
2) Mereka perlu kepada perubahan dalam
pengolahan ilmu dan pendekatannya, agar mudah difahami oleh generasi
masa kini yang telah terbentuk pemikiran mereka dari disiplin ilmu yang
berbagai dan suasana masyarakat yang berbeza. Teerutamanya ilmu-ilmu
asas keislaman seperti pengajian al-quran, Sunnah, Fiqh dan sebagainya.
3)
Mereka perlu memahami dan mengolah ilmu-ilmu yang ada kaitannya dengan
perkembangan masyarakat kini seperti bidang undang-undang, ekonomi,
kemasyarakatan, sains dan lain-lain, agar ilmu-ilmu ini dapat
dimanfaatkan dan berkembang dalam masyarakat mengikut perspektif Islam
dan mampu untuk memberi penyelesaian kepada permasalahan kehidupan
masayakat Islam masa kini.
4) Ulama perlu terlibat secara
langsung dalam pembangunan masyarakat di segi keilmuan dan
kegiatan-kegiatan pembangunan lainnya di seluruh peringkat masyarakat
dan sepatutnya mereka menjadi penggerak dan yang memberi sumbangan
kepada inspirasi pembangunan masyarakat.
5) Mereka seharusnya
melibatkan diri dalam memberi bimbangan kerohanian yang jelas untuk
membina kekuatan kejiwaan kepada masyarakat, agar mereka tidak terpesung
daripada pengaruh-pengaruh ajaran kebatinan dan ajaran-ajaran
kerohanian yang boleh menyesatkan.
6) Mereka perlu melibatkan
diri dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam seluruh perinmgkat,
melalui saluran yang rasmi dan yang bukan rasmi berasaskan ilmu dan
penyelesaian pratikal untuk masyarakat.
7) Mereka perlu berusaha
memupuk kemesraan hidup di kalangan masyarakat berasaskan Islam dan
menghidupkan kembali tradisi perhubungan masyarakat yang telah diasaskan
oleh ulama tradisional berdasarkan konsep ukhuwwah,kejiranan dan konsep
jamaah supaya konsep-konsep ini dapat meredakan sentimen kelompok yang
sedang berkembang dalam masyarakat.
8) Mereka hendaklah menjadi
jambatan untuk perhubungan seluruh kelompok masyarakat untuk menjadi
tempat rujukan dan contoh penghayatan pemikiran dan nilai-nilai yang
positif untuk pembangunan dan kesatuan masyarakat, sebagaimana yang
pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. para sahabat dan ulama yang
silam.
9) Mereka perlu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan
organisasi dakwah di samping kegiatan-kegiatan rasmi lainnya, agar dapat
dipupuk semangat kerja secara kelompok dan berorganisasi untuk memberi
kekuatan kepada kerja-kerja untuk peningkatan dakwah Islam.
10)
Menubuhkan institusi-institusi pendidikan yang bergiat untuk memupuk
pendidikan Islam dan keilmuan Islam secara mendalam yang mencakup
bidang-bidang ilmu asas keislaman, ilmu pelengkap dan ilmu-ilmu semasa
yang lain untuk keperluan pembangunan umat.
Untuk membolehkan
para ulama memainkan peranan besar dalam yang berkeasn dalam pembangunan
negara, mereka haruslah mempunyai kualiti-kualiti seperti berikut :
a.
pengetahuan yang mendalam bukan sahaja dalam bidang-bidang yang
berkaiatan denagn ilmu-ilmu agama seperti fiqh, usul fiqh, tafsir, hadis
dan pandangan-pandangan pelbagai mazhab yang muktabar tetapi juga
memahami serta menguasai pelbagai cabang ilmu yang lain seperti sains
kemasyarakatan, ilmu ekonomi dan lain-lain.
b. Memahami
cirri-ciri peradaban Barat terutama dari segi ideologi dan system
ekonomi sama ada kapitalisme, sosialisme, komunisme, dan globalisasi.
Para ulama juga perlu memahami perbandingan agama (muqarah al-adyan)
supaya ia dapat menjelaskan lagi keindahan agama Islam.
c.
Memahami secara mendalam tradisi dan pemikiran tamadun besar dunia
terutama tamadun cina dan India. Ini adalah perlu bukan sahaja kerana
banyak yang boleh kita pelajari daripada tradisi dan ahli fikir dari
kedua-dua tamadun yang besar ini tetapi juga kerana dengan ini kita akan
dapat mengetahui warisan peradaban kaum-kaum yang terbesar di negara
ini.
d. Mempunyai kebijaksanaan atau hikmah yang tinggi dalam
mengutarakan pandangan terhadap perubahan yang hendak dibawa supaya
pandangan-pandangan ini dapat dirterima bukan sahaj oleh orang Islam
tetapi juga orang-orang bukan Islam.
Oleh itu, ulama merupakan
satu golongan terpenting dalam sejarah pembangunan masyarakat manusia
sama ada dari segi kerohanian atau pun kebendaan. Mereka adalah
penggerak kepada kesedaran umat dan pengisi kepada pembangunan pemikiran
dan budaya. Kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Islam akan terjamin
dan terserlah apabila wujud persefahaman antara ulama dan penguasa
dalam membangunkan umat. Pertembungan antara kedua-dua pihak akan
mengakibatkan kekacauan yang besar dalam masyarakat. Oleh itu, perkara
ini sedaya upaya harus dielakkan. Adalah diharapkan kerjasama antara
ulama dan penguasa dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan
masyarakat manusia terutama dari segi akhlak dan kerohanian.
Saranan kepada Era Kebangkitan Islam Al-Qaradawi
mengakui bahawa beliau sentiasa mengambil berat masalah kebangkitan
Islam dan menjadi perhatian utama dalam penulisannya Perkara ini kerana
kedudukannya masa kini serta masa depan umat Islam. Keperluannya amat
mendesak agar kebangkitaan ini tidak melemahkan dan tidak melencong
serta terus berusaha mematangkannya agar tidak menyimpang. Dengan
demikian, kebangkitan ini tidak tergendala di tengah jalan atau keluar
dari jalan yang lurus. Oleh itu, beliau menggaris sepuluh langkah menuju
kematangan kebangkitan Islam atau memindahkan kebangkitan Islam dari
masa transisi, impiam mahupun kekeliruan kepada kedewasaan dan
kematangan. Sepuluh langkah yang diutarakannya ialah :
1. Dari Format dan simbol kepada hakikat dan substansiDi
antara manusia ada yang memerhatikan aspek luaran yang bersifat
formalistis daripada isi kandungan, hanya pada bentuk bukan pada
hakikat. Seolah-olah yang penting adalah memanjangkan jangut, memedekkan
pakaian, memmbawa siwak, mengharamkan semua jenis lagu dan mewajibkan
pemakaian purdah untuk wanita. Oleh itu, umat Islam perlu mencurahkan
perhatiannya kepada substansi dan ruh ajaran Islam daripada format dan
bentuk.
2. Dari retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakandi
antara sikap negatifnya ialah bangga dengan sejarah masa dahuku tanpa
mengubahnya dalam bentuk tindakan demi memperbaiki keadaan yang ada
sekarang dan mengembangkannya lagi kea rah yang lebih baik.
Membicarakansejarah masa lalu adalah baik selagi ia mendoromg untuk
terus berpacu dalam kejayaan itu. Kita harus mencipta kejayaan dan tidak
harus bangga tentang sejarahnya sahaja.
3. Dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah. Seorang
muslim pasti dapat mengawal perasan dan meletakkan akal pada tempatnya.
Ia berfikir secara rasional dan ilmiah.Ia tidak bersikap ektrim dalam
mencintai dan membenci, tenggelam dalam dunia khayalan dan kecendurungan
untuk bergantung kepada niat semata-mata tanpa berusaha untuk
memperhatikan perkara yang benar.
4. Dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utamaMenurut
al-Qaradawi perkara utama gerakan Islam kini aialah bidang pemikiran
dan kebudayaan, bidang pendidikan dan kaderisasi. Pada hematnya, banyak
ahli gerakan Islam menyibukkan diri dalam perkara-perkara sunat dan
larangan yang besifat makruh sehingga kurang memperhatikan perintah yang
bersifat fardu atau larangan-larangan yang bersifat haram.
5. Dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembiraIslam
merupakan agama rahmat kepada manusia dan alam ini. Rasulullah
memerintahkan untuk memudahkan dan tidak mempersulitkan. Pengertian
mudah di sini bererti mengikuti manhaj yang memberi keluasan dan
toleransi, juga keringanan yang jauh dari tindakan yang sulit, sukar dan
berat. Sementara 'mempersulit' adalah manhaj yang menimbulkan
kesulitan,kesempitan dan kesukaran terhadap manusia. Allah menjadikan
fitrah manusia untuk menyukai kemudahan dan keluasan. Dalam syariat
Islam, hukum-hukum dilandaskan atas kemudahan,bukan atas kesulitan.
6. Dari sikap kejumudan dan taklid menuju ijtihad dan pembaruan
Al-Qaradawi
menegaskan bahawa pintu ijtihad masih terbuka dan ia sangat diperlukan
dalam kondisi sekarang. Beliau membawa hujah Ibn Qayyim dan al-Saukani
dalam menolak hujah golongan yang bertaklid dan menggangap pintu ijtihad
telah tertutup. Menurut al-Qaradawi, taklid merupakan sifat tercela.
Sama ada taklid kepada pendapat ulamak terdahulu mahupun taklid kepada
peradaban barat yang melulu. Kedua-dua unsur tersebut menyebabkan kita
berada dalam keadaan asing.Taklid terhadap orang-orang terdahulu
menjadikan kita asing secara waktu sementara taklid terhadap barat
membuat kita asing secara tempat. Memang orang terdahulu dekat dengan
kita secara fikiran dan perasaan tetapi mereka tidak merasai masa tempat
kita hidup sekarang, tidak merasakan kesulitan dan tekanan yang kita
hadapi sekarang serta tidak tahu apa yang kita ketahui sekarang.
Sementara orang-orang barat sebab tujuan dan pola berfikir mereka
berbeza dengan tujuan dan pola berfikir kita. Maka taklid kepada mereka
tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.
7. Dari fanatik dan ekslusif menuju toleransi dan inklusifMenurut
al-Qaradawi, berpegang teguh kepada ajaran agama bukanlah bersifat
fanatik. Fanatik terjadi apabila seseorang itu memaksa akalnya kepada
pemikiran tertentu dan tidak mahu membuka pintu berdialog dengan orang
yang berlainan pendapat. Ia menganggap pendapatnya sebagai yang paling
benar, tidak mungkin salah serta pendapat orang lain sebagai yang salah
dan tidak mungkin benar. Antara ciri-ciri fanatik adalah orang yang
tidak melihat selain dirinya, tidak mendengar kecuali ucapannya sendiri
dan tidak percaya pada orang lain di luar kelompok atau jamaah yang
dianggotainya. Di antara bentuk-bentuk toleransi ialah:
i. Melihat subtansi perkataan, bukan siapa yang mengatakannya
ii. Mengakui kesalahan dengan berani dan terus terang
iii. Menyambut baik kritikan dari luar dengan lapang dada
iv. Muhasabah diri dan menelaah kembali segala tindakan yang dilakukan dengan kesedarn yang tinggi.
v. Meminta nasihata dari pihak lain dengan senang hati
vi. Berlapang dada menarik balik keputusannya demi mencapai kesepakatan dengan pihak lain.
vii. Mengambil manfaat dari apa yang dimiliki pihak lain.
viii. Menghargai orang lain yang berlainan pandangan.
8. Dari sikap berlebihan dan meremehkan menuju kesederhanaanIslam
adalah agama yang moderat. Menurut al-Qaradawi manhaj moderat adalah
metode dan cara terbaik yang dapat mengembangkan dakwah Islam sehingga
umat Islam mencapai matlamatnya. Orang yang berpaling dari metodologi
moderat sama halnya membunuh diri dan membawa kepada kebinasaan. Ia
membawa kepada sikap berlebih-lebihan atau meremehkan seperti melalaikan
solat. Bentuk dan ciri sikap berlebihan ialah :
a.Tidak mengakui pendapat orang lain dan fanatik terhadap pendapatnya sahaja.
b.Memaksa
umat secar keras untuk beramal dan lupa perbezaan mnusia, ada yang kuat
dan ada yang lemah, mewajibkan mereka semua dengan amalan sunat tanpa
memperhatikan kedudukan mereka.
c.Bertindak keras bukan pada tempatnya dan masanya.
d.Keras dalam berdakwah dan tidak mengikuti manhaj al-Quran yang menyuruh berhikmah dan berlemah lembut.
e.Buruk sangka terhadap manusia dan menghina orang lain.
f.Saling mengkafirkan orang lain.
Al-Qaradawi menggariskan intisari ajaran moderat ini ialah :
i.Berasaskan kemudahan dan khabar gembira. Kemudahan dalam hukum-hakam dan khabar gembira dalam berdakwah.
ii.Berpaduan
antara salafiah dan pembaruan atau antara tradisi dengan
kemodenan.Maksud salafiah ialah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah
dan pembaharuan adalah menyatu dan mengikuti perkembangan dan tuntutan
zaman.
iii.Penyesuaian antara salafiah dan sufisme dengan
mengambil ajaran yang terbaik dari kedua-duanya sehingga menghasilkan
jalan terbaik dari kedua-duanya.
iv.Bersikap moderat antara
aliran zahiriyah dengan golongan takwil.Moderat antara sikap yang kaku
dalam melihat zahir nas dan sikap yang berlebih-lebihan dalam
mentakwilkan teks-teks agama.tidak terlalu luas dan tidak kaku.
v.Perimbangan antara perkara yang sabit dengan perkara yang berubah-ubah dalam Islam
vi.Melihat
dan memperhatikan realiti.tidak banyak berbicara tentang masa lalu
sehingga lupa akan masa depan atau terlalu idealistic tanpa melihat
realiti yang ada.
vii.Toleransi dan hidup dalam ukhuwwah serta saling hormat menghormati.
viii.Berlandaskan syura dan memberi kebebesan kepada masyarakat.
ix.Megembalikan kedudukan wanita sebagai saudara kembar bagi kaum lelaki.
x. Menghidupkan kembali ijtihad.
9. Dari kekerasan dan kebencian menuju lemah lembut dan rahmat
Metodologi
dakwah ditegakkan atas lemah lembuh, rahmat dan kasih saying.
Rasulullah sentiasa menyeru kepada kelembutan dan menolak kekerasan.
Al-Qaradawi menggariskan faktor-faktor kekerasan yang timbul di dunia
Islam iaitu ;
a. Penindasan tehadap kaum muslimin seperti di Palestin, Chechnya dan Sudan
b. Penguasa yang zalim serta penindasan terhadap ahli gerakan Islam.
c. Membasmi aliran pemikiran moderat sehingga aliran pemikiran radikal menguasai orang ramai.
d. Kekurangan dalam pemikiran dan pengetahuan para pendakwah yang mengutamakan formalitas daripada substansi dan tujuan.
10. Dari ikhtilaf dan perpecahan menuju persatuan dan ukhuwwah.
Perkara
yang dikhuatiri oleh al-Qaradawi adalah pertarungan, pentengkaran,
perpecahan, saling mencurigai, bahkan saling menghancurkn antara sesama
ahli gerakan Islam. Penyakit hasad dengki dan balas dendam terjadi di
kalangan umat Islam..
Menurut al-Qaradawi, ahli gerakan Islam
perlulah pemaaf dan saling memperkukuhkan ikatan persaudaraan. Adalah
penting mereka memahami fiqh al-Ikhtilaf antaranya ialah :
i.
Mengganggap perbedaan dalam perkara cabangan fikih sebagai rahmat dan
kelapangan bagi umat ini serta kekayaan dalam proses pengambilan hukum.
ii. Memandang kemungkinan adanya kebenaran dalam pendapat yang berbeda
iii. Memandang bahawa orang yang berijtihad pasti akan mendapat pahala walaupun salah dan dimaafkan.
iv. Bersikap objektif terhadap pendapat yang berbeda dan mengemukakan pendapat yang lebih baik serta bersikap adil.
v. Bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.
Inilah
sepuluh perkara yang menjadi asas kematangan dalam kebangkitan Islam
kini. Bharap kebangkitan Islam perlu ke tahap yang lebih baik
dengan pengarahan yang lebih bijaksana dan teratur.