tag:blogger.com,1999:blog-31775668692916712362024-02-08T05:09:45.492-08:00dESTINASi mASIh mENGUFUkSelamanya Titashttp://www.blogger.com/profile/08964587374388676825noreply@blogger.comBlogger6125tag:blogger.com,1999:blog-3177566869291671236.post-38645875357682844252012-04-21T13:00:00.002-07:002012-04-21T13:00:36.206-07:00CAHAYA DI UFUK BARAT

Amerika Syarikat
merupakan lambang ketinggian tamadun Barat kini. Keupayaan ketenteraan
yang tiada taranya serta pencapaian dalam pelbagai bidang di bumi
bertuah tersebut memang tersohor dan boleh dikatakan, Amerika Syarikat
adalah Ustaziatul Alam (Pemimpin Dunia) pada ketika ini. Ketinggian
tamadun Amerika Syarikat diakui sendiri oleh penulis tafsir Fi Zilaal Al
Quran yang masyur yakni As-Syahid Syed Qutb selepas tinggal sementara
di negara itu, “Amerika memiliki segalanya kecuali roh” (roh Islam).

Peluang untuk
berjaya yang dimanifestasikan sebagai “the American Dream” mengundang
para imigran dari negara-negara luar untuk mencuba nasib, tidak
terkecuali umat Islam. Berdasarkan sebuah laporan CNN, terdapat
kira-kira 6 juta penduduk Islam di Amerika Syarikat. Ini menjadikan
Islam agama kedua terbesar di negara itu selepas Kristian. Bagaimanapun,
berbanding 1.4 billion umat Islam seluruh dunia, penduduk Islam di
Amerika Syarikat masih sedikit.

Berikutan
peristiwa 11 September 2001, pertembungan antara tamadun Islam dan Barat
di zaman moden mencapai suatu tahap yang tidak pernah dicapai sebelum
ini. Ini dibuktikan dengan penaklukan Amerika Syarikat ke atas
Afganistan serta Iraq di samping persepsi  umat Islam
sebagai “pengganas” selepas peristiwa tersebut. Ini menimbulkan
keresahan yang mendalam antara dua tamadun itu. Jika umat Islam di
negara-negara Islam terasa bahang tekanan seperti kesusahan mendapat
visa di samping pemeriksaan yang ketat di lapangan-lapangan terbang,
bagaimana pula dengan warganegara Islam di Amerka Syarikat dan
negara-negara barat lain itu sendiri?

Menurut Dr Walid
A. Fatihi dari Sekolah Perubatan Harvard, Boston, Amerika Sayrikat,
keadaan sebaliknya berlaku. Selepas peristiwa 11 September tersebut,
masyarakat bukan Islam mula berminat bagi mengenali lebih
lanjut tentang Islam. Dalam sebuah majlis anjuran Persatuan Islam Boston
beberapa hari selepas peristiwa itu, lebih kurang seribu orang bukan
Islam datang membanjiri tempat penganjuran dan bertanya tentang Islam
dan ingin memahami ajarannya. Ramai yang hadir, rata-ratanya umat
Kristian, menangis apabila mendengar ayat-ayat Allah dibacakan.

Firman Allah:

“Dan
sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan
orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya
kami ini orang Nasrani”. Yang demikian itu disebabkan karena di antara
mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan
rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul
(Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan
kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka
sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka
catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al
Qur’an dan kenabian Muhammad saw.)” Al-Maaidah: 82-83.

Menurut seorang
pakar dalam laporan The New York Times pada Oktober 2001, kira-kira
25,000 orang memeluk Islam di Amerika Syarikat setiap tahun, manakala
laporan lain menyatakan 100,000 orang setahun. Kebanyakannya adalah
masyarakat kulit hitam Amerika diikuti golongan wanita tanpa mengira
bangsa. Bahkan, 4 daripada 5 saudara baru ialah wanita, suatu ironi
kepada tanggapan bahawa Islam menindas wanita.

Jika dilihat
daripada fenomena global pula, tanpa mengira peristiwa 11 September,
Islam merupakan agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian dan
merupakan agama nombor satu paling cepat berkembang di dunia. Sebuah
laporan dalam Reader’s Digest pada tahun 1984 menyatakan, dalam tempoh
50 tahun sebelumnya (1934-1984), agama Kristian berkembang sebanyak 47%,
penduduk dunia bertambah sebanyak 136% manakala umat Islam berkembang
sebanyak 235%! Kesedaran Islam juga berkembang dengan positif. Sebagai
contoh, dua dekad dahulu, amat sedikit wanita kelas pertengahan di Mesir
memakai tudung namun kini, kita boleh dapati banyak emporium-emporium
yang menjual busana-busana Islam. Begitu juga di tanah air
kita sendiri di mana kita dapati nasyid telah menjadi sebahagian
daripada muzik arus perdana dalam sedekad kebelakangan ini.

Kembali ke
Amerika Syarikat, kita dapati, antara faktor-faktor yang mendorong
indidvidu-individu memeluk Islam ialah usaha kendiri mencari kebenaran,
peranan media dan laman web kelolaan orang-orang Islam, ajaran Islam itu
sendiri yang bertepatan dengan fitrah manusia seperti hanya ada satu
tuhan, serta tiada unsur perkauman yang ditunjukkan dalam Islam seperti
semasa solat berjemaah. Semua ini menidakkan tanggapan bahawa “Islam
disebarkan melalui mata pedang”. Kita dapati, kata kunci di sini ialah
“dakwah”. Sungguhpun usaha kendiri mencari kebenaran turut memainkan
peranan, namun usaha itu tidak akan berhasil tanpa sokongan para
pendakwah Islam sendiri seperti penyediaan bahan bacaan tentang Islam,
pencetakan Quran dalam bahasa Inggeris, dan kesabaran menerangkan dan
menjawab pelbagai persoalan tentang Islam.

Sedari tadi
perbincangan artikel ini banyak menyentuh fenomena Islam di Amerika
Syarikat. Hakikatnya, Amerika Syarikat dianggap sebagai musuh Islam yang
utama atas tindakan negara terbabit menyerang dunia Islam (Afganistan
dan Iraq) serta menyokong penindasan berterusan zionis laknatullah
terhadap umat Islam di Palestin. Namun, perkembangan Islam di negara
“musuh” ini di samping usaha dakwah Islam di negara tersebut membawa
sinar cahaya dalam dua bentuk kepada kita. Pertama, Islam mampu
menyentuh hati manusia hatta di negara yang dikuasai orang bukan Islam
sekalipun. Dalam konteks ini cahaya yang kita dapati adalah cahaya
harapan kepada Deen Allah ini walau di mana jua, sekalipun di
tengah-tengah kaum yang tidak beriman.

Firman Allah:

“Dia-lah yang
mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar
Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang
musyrik benci.” Ash-Shof: 9

Kedua, jika di
negara “musuh” Islam, usaha dakwah mampu berkembang baik, bagaimana pula
dengan negara yang secara tradisionalnya adalah Islam seperti Malaysia?
Dalam konteks ini, cahaya yang kita dapati ialah cahaya keimanan yang
luhur yang mungkin mengatasi kita.

Firman Allah:

“ Dan
Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan
(Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan
kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini).” Muhammad: 38.

Oleh itu, sebagai
meraikan cahaya di ufuk barat ini, ayuhlah kita berjuang di medan
dakwah ini dengan penuh semangat dan iltizam!
Selamanya Titashttp://www.blogger.com/profile/08964587374388676825noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3177566869291671236.post-4250788005348105312012-04-21T12:17:00.001-07:002012-04-21T12:55:24.967-07:00PEMBINAAN TAMADUN DALAM KONTEKS ISLAM HADHARI

Kemerosotan
dan kemunduran tamadun Islam merupakan perkara yang sering
diperkatakan, bukan sahaja oleh para pemikir moden tetapi juga ulamak
dan negarawan. Kemorosatam tamadun Islam ini menjadi semakin parah di
sekitar abad ke 18 dan negara-negara Islam dijajah. Umat Islam mengalami
kebekuan pemikiran dan kerohanian. Kemunduran ini bermula dari rentetan
jatuhnya Baghdad di tangan tentrera Mongol pada tahun 1258. Beberapa
pandangan dan pendapat diberikan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
membawa kepada kelemahan umat Islam dan cara mengatasainya.

Antara perkara yang
sering ditimbulkan ialah kefahaman yang salah terhadap Islam, amalan
umat Islam jauh terpesong dari ajaran yang sebenar. Menyedari hakikat
ini, para reformis Islam mula mengerahkan tenaga dan fikiran untuk
mengembalikan umat Islam kepada ajaran Islam yang luhur.Antara ulamak
reformis yang membicarakan perkara ini seperti Jamaluddin al-Afghani,
Sayyid Qutb, Hassan al-Banna, Muhammad Abduh, Maududi, Syed Ahmad Khan,
Agus Salim, Sokarno dan Mahathir Mohamad

Kepentingan sirah dan Manhaj Nabawi
Dr.
Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahawa tujuan memahami sirah ialah
agar setiap orang muslim memperolehi gambaran sebenar tentang hakikat
agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi Muhammad
s.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah
dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirah mengandungi beberapa faedah.
Antara lainnya ialah memahami keperibadian nabi melalui celah-celah
kehidupan dan keadaan-keadaan yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan
bahawa nabi Muhammad bukan sahaja seorang yang terkenal di antara
kaumnya sahaja tetapi sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang
didukung oleh Allah dengan wahtu dan taufik dariNya. Kedua ialah agar
manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam seluruh kehidupan yang
utama untuk dijadikan dastur dan pedoman kehidupan.Tidak diragukan lagi,
betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu aspek
kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah
secara jelas dan sempurna.

Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia seperti firman Allah yang beermaksud : “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21)
Ketiga ialah agar manusia mendapatkan dalam mempelajari sirah
Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab
Allah dan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat
al-Quran yang boleh ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui
peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya.

Keempat ialah dengan mempelajari sirah ini seseorang muslim dapat
mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang benar,
sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi
bahawa kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah
prinsip dan hukum. Kelima ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki
contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Adalah Rasulullah s.a.w.
seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak berputus
asa mencari pendekatan terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode
dakwahnya.

Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan
sehingga hari ini ialah kerana seluruh kehidupan baginda mencakupi
seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai
peribadi ataupun sebagai anggota masyarakat yang aktif. Kehidupan
Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai
seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah
kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang mengerahkan
segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam. Juga sebagai ketua
negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai
suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima
perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagai
muslim secara keseluruhannya dapat melakukan secara seimbang antara
kewajipan beribadat kepada Allah dan bergaul dengan keluarga dan
masyarakat dengan baik. Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan
aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan yang tercermin dalam
qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang
pembuka kota negara, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah
selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah dan jika anda
mengalami kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda
berada di antara sahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan.
Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh
Rasulullah di Suffat dalam masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar
maka gambarkanlah anda berada di antara Jibrail yang menyampaikan wahyu
kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah
s.a.w dalam meletakkan hajarul Aswad.

Nilai-Nilai Agama Pendorong Memperkasa Tamadun

Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji
membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang
objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu
suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik,
keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu
generasi di dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud
tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang
tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau
digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau
bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai. Bentuk ideal kehidupan
itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan
kepada nilai-nilai yang dianuti.

Sesuatu tamadun akan mengalami 3
peringkat iaitu peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak,
peringkat beku dan menurun, peringkat keruntuhan dan kemusnahan. Menurut
Malik bennabi, tamadun peringkat kelahiran ditunjangi oleh idea
keagamaan (fikrah diniyah) atau kerohanian dan ia bertemu puncak apabila
kerohanian bercantum dengan akal. Kemudian tamadun itu akan menurun
apabila unsur-unsur kerohanian sudah diketepikan. Tinggallah akan
sendirian, tanpa bimbingan roh. Kemudian ia akan sampai kepada peringkat
kehancuran apabila roh dan akal tidak lagi memandu kehidupan manusia.
Ketika itu, hawa nafsu menjadi tuhan, berlaku korapsi dalam pentadbiran,
penipuan, rompakan dan berbagai kebejatan moral yang akhirnya
mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.

Untuk membina
semula tamadun Islam, umat Islam harus kembali merenung diri sendiri
untuk mencari penyakit yang dihadapinya. Mencari jalan untuk bangun
tanpa mengetahui penyakitnya yang menyebabkan kejatuhan tidak dapat
memperolehi kejayaan. Tiga penyakit yang sedang dihadapi oleh masyarakat
Islam hari ini ialah pemikiran yang mati, jiwa yang lemah dan iman yang
telah padam sinarnya. Oleh itu, untuk membangun semula hendaklah
diubati ketiga-tiga penyakit ini.. Di samping itu, kekuatan jiwa
merupakan benteng utama dalam menghadapi cabaran zaman dan gelombang
pergolakan dunia.. Umat Islam perlu mengangggap kerohanian sebagai satu
aspek yang penting dalam membangunkan umat. Ajaran kerohanian ini perlu
dilihat dalam konteks fungsi sosialnya yang mendatangkan faedah dan
kebaikan kepada kehidupan manusia. Dari latihan-latihan kerohanian ini
akan lahir peribadi-peribadi mulia untuk membentuk suatu dunia yang aman
damai.Malangnya, umat Islam tidak menghayati fungsi sosial agamanya di
mana agama dan ajaran-ajarannya yang dinamik tidak dihayati dengan
sebenarnya. Hasilnya lahirlah ajaran Islam dalam bentuk yang negatif dan
beku. Amalan-amalan ibadat yang dilakukan tidak mempengaruhi tingkah
laku dan perbuatan mereka.

Oleh itu, masyarakat Islam perlu
membebaskan diri dari warisan negatif yang dipusakainya sejak enam abad
yang lalu dan selagi mereka ragu-ragu untuk membawa perubahan ke dalam
diri manusia sesuai dengan ajaran Islam yang murni maka selama itulah
usaha-usaha untuk mewujudkan perimbangan, kestabilan dan kemakmuran di
dalam kehidupan serta membentuk tamadun baru akan gagal. Antara sikap
negatif yang perlu dielakkan dalam menguatkan tamadun iaitu penghakisan
nilai-nilai pokok tentang kebaikan, kebenaran, kesetiaan dan timbulnya
aliran kerohanian yang bercanggah dengan Islam. Perkara ini berlaku
akibat pegangan terhadap unsur-unsur fahaman yang salah dan pegangan
kepada agama yang sesat serta penafsiran yang tidak benar. Di samping
itu, budaya mendewakan celebriti diutamakan daripada budaya mengikut
contoh teladan yang sempurna daripada para nabi dan rasul dan mereka
yang telah berjasa dalam sejarah Islam. Budaya ilmu juga diperdagangkan
untuk mengaut keuntungan jangka pendek sedangkan ia merupakan teras
dalam pembentukan peribadi yang bersepadu dan melahirkan masyarakat
berilmu.

Apabila kita berfikir tentang pembinaan tamadun Melayu
ia mestilah berakar kepada nilai-nilai ajaran Islam dalam ertinya yang
luas dengan mengambil kira spektrum yang mencakupi intelektual, rohani,
moral, peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan, siasah, sains dan
teknologi terkini dalam memenuhkan keperluan negara sebenarnya. Bangsa
Melayu telah bersatu padu dalam pegangan Islam dan faham ahli Sunnah wa
jamaah. Ini merupakan faktor asas yang tidak boleh diganggu gugat.
Penghayatan kepada agama memberi kekuatan dan pendorong dalam membina
tamadun. Malik Bennabi menegaskan bahawa tamadun tidak mungkin lahir
melainkan dengan adanya kepercayaan agama. Malah tamadun sesuatu umat
itu tidak akan lahir melainkan mengikut wahyu yang diturunkan dari
langit. Jelaslah bahawa nilai-nilai agama yang diturunkan dari langit
merupakan faktor yang sangat penting dan merupakan pengatur serta
penyusun dalam pembinaan sesuatu tamadun. Oleh sebab itu, golongan yang
menyeru manusia supaya kembali kepada ajaran agama dan keimanan dalam
usaha membentuk tamadun lebih hampir kepada kebenaran dari golongan ahli
politik dan islah yang memisahkan agama dari kehidupan. Pemisahan iman
dari kehidupan menjadikan menjadikan manusia hidup tanpa erti yang
menghilangkan ghairah untuk memahami sesuatu dan akan hilang nafsu untuk
bekerja. Itulah sebab kebangkitan umat Islam sekarang mengalami
kegagalan. Pembinaan tamadun hendaklah berpaksikan kepada kerohanian dan
akhlak Islam yang benar untuk menjamin kesejahteraan hakiki. Tamadun
itu juga mesti berteraskan hidup mengikut aturan-aturan syarak dalam
hubungan dengan Tuhan, keluarga, kejiranan, kemasyarakatan dan
kebangsaan. Di samping tamadun itu, tamadun yang membangunkan ekonomi
yang adil, sama rata dan saksama dengan agihan hartanya yang wajar,
tanpa unsur penindasan dan penzaliman.

MEMBANGUN TRADISI KEILMUAN ISLAM

Tradisi
keilmuan Islam berkembang pesat dengan tertubuhnya pusat pengajian
terkenal di Baghdad, Basrah, Kufah dan Andalus. Begitu juga perkembangan
perpustakaan yang menjadi pusat penyelidikan para ilmuan Islam. Pada
mulanya masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu sebelum terdirinya kuttab
(tadika), madrasah (sekolah) dan Jami’ah (universiti). Ada beberapa
faktor yang menyebabkan tradisi keilmuan Islam ini berkembang pesat
iaitu galakkan daripada pihak khalifah dengan mendirikan institusi
pendidikan, toko-toko buku dan perpustakaan berkembang pesat, guru-guru
yang mengajar dengan penuh keikhlasan serta kegiatan pembukuan dan
menjilid yang pesat ketika itu.

Kita sungguh kagum apabila
membaca sejarah umat Islam dahulu yang begitu berminat membaca ,
mengajar serta memperkembangkan ilmu. Masing-masing berlumba-lumba untuk
memberi saham dalam memajukan institusi pendidikan dengan mewakafkan
sebahagian daripada harta mereka.

Kegiatan keilmuan ini
membuktikan bahawa tradisi keilmuan Islam berkembang pesat pada zaman
tersebut bersama dengan kegemilangan tamadunnya. Sesuatu tamadun tidak
dapat dibina tanpa tradisi keilmuan. Dengan kata lain, sesuatu tamadun
berkembang berseiringan dengan tradisi keilmuan yang mantap dan tuntas.
Oleh sebab itu, pembinaan tamadun kini mesti mengambil kira tradisi
keilmuan dengan mewujudkan dan memperbanyakkan institusi pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Begitu juga, kita perlu
melahirkan ulama, sarjana dan pemikir yang berkaliber yang mampu membuat
kajian, penyelidikan dan penterjemahan. Tanpa unsur-unsur tersebut
institusi pendidikan dan keilmuan tidak akan berkembang.

Perkara
yang kita kehendaki sekarang ialah ibukota Kuala Lumpur bukan sahaja
terkenal sebagai destinasi pelancongan tetapi juga dikenali sebagai
pusat keilmuan sekurang-kurangnya di rantau ini sebagaimana yang berlaku
di kota metropolitan yang lain seperti London, Paris, St. Andrew,
Sorboune dan Kaherah. Mereka datang bukan sahaja membawa balik barangan
elektronik buatan Malaysia tetapi beg-beg mereka penuh dengan buku-buku
tulisan ilmuan kita. Inilah yang kita harapkan. Untuk mencapai impian
tersebut maka para sarjana dan intelek Islam tempatan perlu bekerja
keras dalam mewujudkan suasana tradisi keilmuan yang harmonis.
Perkara-perkara asas seperti buku rujukan perlu diperbanyakkan,
penyelidikan mesti diperhebatkan dan perpustakaan perlu ditambah lagi
atau sekurang-kurang buku-bukunya. Tabiat menulis di kalangan para
sarjana dan ulama perlu dipertingkatkan lagi. Mereka perlu memikir
apakah jenis buku serta penyelidikan yang diperlukan oleh masyarakat
hari ini terutama dalam menghadapi pasca modernisme. Adakah hanya
terbatas kepada buku-buku ringan semata-mata. Para penulis Islam perlu
mengenal arus perdana dan keperluan yang harus dihadapi di zaman pasca
modenisme ini. Sesungguhnya cabaran ilmuan sekarang lebih sengit dan
tajam lalu menuntut penglibatan yang total daripada ilmuan itu sendiri.
Pada hari ini para ulama dan sarjana tidak boleh maju hanya berbekalkan
“air liur” semata-mata tanpa menghasilkan buku ilmiah terutama
karya-karya agung Melayu yang sewajibnya diterjemahkan ke bahasa
antarabangsa. Walaupun kemungkinan kita akan mengalami kerugian dari
segi material. Dengan demikian, harapan untuk menjadikan Kuala Lumpur
tempat tumpuan peminat-peminat buku untuk berkunjung akan tercapai.

Peranan Ulamak dalam pmbinaan tamadun
Menurut Dr. Abdul Halim El-Muhammady, para ulama masa kini perlu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan seperti berikut :

1)
Menyambung tradisi ilmu yang diasaskan oleh ulama tradisional melalui
pengajaran dan penulisan, agar kesinambungan ilmu berterusan berlaku,
terutamanya ilmu-ilmu asas keislamanan. Kesinambungan ilmu di segi
penulisan telah terputus sejak seratus tahun yang lalu selepas
meninggalnya ulama-ulama besar seperti al-raniri, Daud al-Fatani, Abdul
Samad al-Falambani dan lain-lain. Penulisan ilmu yang dimaksudkan di
sini ialah penulisan yang lengkap dan bercorak ilmiah dalam
bidang-bidang tertentu.

2) Mereka perlu kepada perubahan dalam
pengolahan ilmu dan pendekatannya, agar mudah difahami oleh generasi
masa kini yang telah terbentuk pemikiran mereka dari disiplin ilmu yang
berbagai dan suasana masyarakat yang berbeza. Teerutamanya ilmu-ilmu
asas keislaman seperti pengajian al-quran, Sunnah, Fiqh dan sebagainya.

3)
Mereka perlu memahami dan mengolah ilmu-ilmu yang ada kaitannya dengan
perkembangan masyarakat kini seperti bidang undang-undang, ekonomi,
kemasyarakatan, sains dan lain-lain, agar ilmu-ilmu ini dapat
dimanfaatkan dan berkembang dalam masyarakat mengikut perspektif Islam
dan mampu untuk memberi penyelesaian kepada permasalahan kehidupan
masayakat Islam masa kini.

4) Ulama perlu terlibat secara
langsung dalam pembangunan masyarakat di segi keilmuan dan
kegiatan-kegiatan pembangunan lainnya di seluruh peringkat masyarakat
dan sepatutnya mereka menjadi penggerak dan yang memberi sumbangan
kepada inspirasi pembangunan masyarakat.

5) Mereka seharusnya
melibatkan diri dalam memberi bimbangan kerohanian yang jelas untuk
membina kekuatan kejiwaan kepada masyarakat, agar mereka tidak terpesung
daripada pengaruh-pengaruh ajaran kebatinan dan ajaran-ajaran
kerohanian yang boleh menyesatkan.

6) Mereka perlu melibatkan
diri dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam seluruh perinmgkat,
melalui saluran yang rasmi dan yang bukan rasmi berasaskan ilmu dan
penyelesaian pratikal untuk masyarakat.

7) Mereka perlu berusaha
memupuk kemesraan hidup di kalangan masyarakat berasaskan Islam dan
menghidupkan kembali tradisi perhubungan masyarakat yang telah diasaskan
oleh ulama tradisional berdasarkan konsep ukhuwwah,kejiranan dan konsep
jamaah supaya konsep-konsep ini dapat meredakan sentimen kelompok yang
sedang berkembang dalam masyarakat.

8) Mereka hendaklah menjadi
jambatan untuk perhubungan seluruh kelompok masyarakat untuk menjadi
tempat rujukan dan contoh penghayatan pemikiran dan nilai-nilai yang
positif untuk pembangunan dan kesatuan masyarakat, sebagaimana yang
pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. para sahabat dan ulama yang
silam.

9) Mereka perlu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan
organisasi dakwah di samping kegiatan-kegiatan rasmi lainnya, agar dapat
dipupuk semangat kerja secara kelompok dan berorganisasi untuk memberi
kekuatan kepada kerja-kerja untuk peningkatan dakwah Islam.

10)
Menubuhkan institusi-institusi pendidikan yang bergiat untuk memupuk
pendidikan Islam dan keilmuan Islam secara mendalam yang mencakup
bidang-bidang ilmu asas keislaman, ilmu pelengkap dan ilmu-ilmu semasa
yang lain untuk keperluan pembangunan umat.

Untuk membolehkan
para ulama memainkan peranan besar dalam yang berkeasn dalam pembangunan
negara, mereka haruslah mempunyai kualiti-kualiti seperti berikut :

a.
pengetahuan yang mendalam bukan sahaja dalam bidang-bidang yang
berkaiatan denagn ilmu-ilmu agama seperti fiqh, usul fiqh, tafsir, hadis
dan pandangan-pandangan pelbagai mazhab yang muktabar tetapi juga
memahami serta menguasai pelbagai cabang ilmu yang lain seperti sains
kemasyarakatan, ilmu ekonomi dan lain-lain.

b. Memahami
cirri-ciri peradaban Barat terutama dari segi ideologi dan system
ekonomi sama ada kapitalisme, sosialisme, komunisme, dan globalisasi.
Para ulama juga perlu memahami perbandingan agama (muqarah al-adyan)
supaya ia dapat menjelaskan lagi keindahan agama Islam.

c.
Memahami secara mendalam tradisi dan pemikiran tamadun besar dunia
terutama tamadun cina dan India. Ini adalah perlu bukan sahaja kerana
banyak yang boleh kita pelajari daripada tradisi dan ahli fikir dari
kedua-dua tamadun yang besar ini tetapi juga kerana dengan ini kita akan
dapat mengetahui warisan peradaban kaum-kaum yang terbesar di negara
ini.
d. Mempunyai kebijaksanaan atau hikmah yang tinggi dalam
mengutarakan pandangan terhadap perubahan yang hendak dibawa supaya
pandangan-pandangan ini dapat dirterima bukan sahaj oleh orang Islam
tetapi juga orang-orang bukan Islam.

Oleh itu, ulama merupakan
satu golongan terpenting dalam sejarah pembangunan masyarakat manusia
sama ada dari segi kerohanian atau pun kebendaan. Mereka adalah
penggerak kepada kesedaran umat dan pengisi kepada pembangunan pemikiran
dan budaya. Kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Islam akan terjamin
dan terserlah apabila wujud persefahaman antara ulama dan penguasa
dalam membangunkan umat. Pertembungan antara kedua-dua pihak akan
mengakibatkan kekacauan yang besar dalam masyarakat. Oleh itu, perkara
ini sedaya upaya harus dielakkan. Adalah diharapkan kerjasama antara
ulama dan penguasa dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan
masyarakat manusia terutama dari segi akhlak dan kerohanian.

Saranan kepada Era Kebangkitan Islam
Al-Qaradawi
mengakui bahawa beliau sentiasa mengambil berat masalah kebangkitan
Islam dan menjadi perhatian utama dalam penulisannya Perkara ini kerana
kedudukannya masa kini serta masa depan umat Islam. Keperluannya amat
mendesak agar kebangkitaan ini tidak melemahkan dan tidak melencong
serta terus berusaha mematangkannya agar tidak menyimpang. Dengan
demikian, kebangkitan ini tidak tergendala di tengah jalan atau keluar
dari jalan yang lurus. Oleh itu, beliau menggaris sepuluh langkah menuju
kematangan kebangkitan Islam atau memindahkan kebangkitan Islam dari
masa transisi, impiam mahupun kekeliruan kepada kedewasaan dan
kematangan. Sepuluh langkah yang diutarakannya ialah :

1. Dari Format dan simbol kepada hakikat dan substansi

Di
antara manusia ada yang memerhatikan aspek luaran yang bersifat
formalistis daripada isi kandungan, hanya pada bentuk bukan pada
hakikat. Seolah-olah yang penting adalah memanjangkan jangut, memedekkan
pakaian, memmbawa siwak, mengharamkan semua jenis lagu dan mewajibkan
pemakaian purdah untuk wanita. Oleh itu, umat Islam perlu mencurahkan
perhatiannya kepada substansi dan ruh ajaran Islam daripada format dan
bentuk.

2. Dari retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakan

di
antara sikap negatifnya ialah bangga dengan sejarah masa dahuku tanpa
mengubahnya dalam bentuk tindakan demi memperbaiki keadaan yang ada
sekarang dan mengembangkannya lagi kea rah yang lebih baik.
Membicarakansejarah masa lalu adalah baik selagi ia mendoromg untuk
terus berpacu dalam kejayaan itu. Kita harus mencipta kejayaan dan tidak
harus bangga tentang sejarahnya sahaja.

3. Dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah.

Seorang
muslim pasti dapat mengawal perasan dan meletakkan akal pada tempatnya.
Ia berfikir secara rasional dan ilmiah.Ia tidak bersikap ektrim dalam
mencintai dan membenci, tenggelam dalam dunia khayalan dan kecendurungan
untuk bergantung kepada niat semata-mata tanpa berusaha untuk
memperhatikan perkara yang benar.

4. Dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama

Menurut
al-Qaradawi perkara utama gerakan Islam kini aialah bidang pemikiran
dan kebudayaan, bidang pendidikan dan kaderisasi. Pada hematnya, banyak
ahli gerakan Islam menyibukkan diri dalam perkara-perkara sunat dan
larangan yang besifat makruh sehingga kurang memperhatikan perintah yang
bersifat fardu atau larangan-larangan yang bersifat haram.

5. Dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira

Islam
merupakan agama rahmat kepada manusia dan alam ini. Rasulullah
memerintahkan untuk memudahkan dan tidak mempersulitkan. Pengertian
mudah di sini bererti mengikuti manhaj yang memberi keluasan dan
toleransi, juga keringanan yang jauh dari tindakan yang sulit, sukar dan
berat. Sementara 'mempersulit' adalah manhaj yang menimbulkan
kesulitan,kesempitan dan kesukaran terhadap manusia. Allah menjadikan
fitrah manusia untuk menyukai kemudahan dan keluasan. Dalam syariat
Islam, hukum-hukum dilandaskan atas kemudahan,bukan atas kesulitan.

6. Dari sikap kejumudan dan taklid menuju ijtihad dan pembaruan

Al-Qaradawi
menegaskan bahawa pintu ijtihad masih terbuka dan ia sangat diperlukan
dalam kondisi sekarang. Beliau membawa hujah Ibn Qayyim dan al-Saukani
dalam menolak hujah golongan yang bertaklid dan menggangap pintu ijtihad
telah tertutup. Menurut al-Qaradawi, taklid merupakan sifat tercela.
Sama ada taklid kepada pendapat ulamak terdahulu mahupun taklid kepada
peradaban barat yang melulu. Kedua-dua unsur tersebut menyebabkan kita
berada dalam keadaan asing.Taklid terhadap orang-orang terdahulu
menjadikan kita asing secara waktu sementara taklid terhadap barat
membuat kita asing secara tempat. Memang orang terdahulu dekat dengan
kita secara fikiran dan perasaan tetapi mereka tidak merasai masa tempat
kita hidup sekarang, tidak merasakan kesulitan dan tekanan yang kita
hadapi sekarang serta tidak tahu apa yang kita ketahui sekarang.
Sementara orang-orang barat sebab tujuan dan pola berfikir mereka
berbeza dengan tujuan dan pola berfikir kita. Maka taklid kepada mereka
tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.

7. Dari fanatik dan ekslusif menuju toleransi dan inklusif

Menurut
al-Qaradawi, berpegang teguh kepada ajaran agama bukanlah bersifat
fanatik. Fanatik terjadi apabila seseorang itu memaksa akalnya kepada
pemikiran tertentu dan tidak mahu membuka pintu berdialog dengan orang
yang berlainan pendapat. Ia menganggap pendapatnya sebagai yang paling
benar, tidak mungkin salah serta pendapat orang lain sebagai yang salah
dan tidak mungkin benar. Antara ciri-ciri fanatik adalah orang yang
tidak melihat selain dirinya, tidak mendengar kecuali ucapannya sendiri
dan tidak percaya pada orang lain di luar kelompok atau jamaah yang
dianggotainya. Di antara bentuk-bentuk toleransi ialah:

i. Melihat subtansi perkataan, bukan siapa yang mengatakannya
ii. Mengakui kesalahan dengan berani dan terus terang
iii. Menyambut baik kritikan dari luar dengan lapang dada
iv. Muhasabah diri dan menelaah kembali segala tindakan yang dilakukan dengan kesedarn yang tinggi.
v. Meminta nasihata dari pihak lain dengan senang hati
vi. Berlapang dada menarik balik keputusannya demi mencapai kesepakatan dengan pihak lain.
vii. Mengambil manfaat dari apa yang dimiliki pihak lain.
viii. Menghargai orang lain yang berlainan pandangan.

8. Dari sikap berlebihan dan meremehkan menuju kesederhanaan

Islam
adalah agama yang moderat. Menurut al-Qaradawi manhaj moderat adalah
metode dan cara terbaik yang dapat mengembangkan dakwah Islam sehingga
umat Islam mencapai matlamatnya. Orang yang berpaling dari metodologi
moderat sama halnya membunuh diri dan membawa kepada kebinasaan. Ia
membawa kepada sikap berlebih-lebihan atau meremehkan seperti melalaikan
solat. Bentuk dan ciri sikap berlebihan ialah :

a.Tidak mengakui pendapat orang lain dan fanatik terhadap pendapatnya sahaja.

b.Memaksa
umat secar keras untuk beramal dan lupa perbezaan mnusia, ada yang kuat
dan ada yang lemah, mewajibkan mereka semua dengan amalan sunat tanpa
memperhatikan kedudukan mereka.

c.Bertindak keras bukan pada tempatnya dan masanya.

d.Keras dalam berdakwah dan tidak mengikuti manhaj al-Quran yang menyuruh berhikmah dan berlemah lembut.

e.Buruk sangka terhadap manusia dan menghina orang lain.

f.Saling mengkafirkan orang lain.

Al-Qaradawi menggariskan intisari ajaran moderat ini ialah :

i.Berasaskan kemudahan dan khabar gembira. Kemudahan dalam hukum-hakam dan khabar gembira dalam berdakwah.

ii.Berpaduan
antara salafiah dan pembaruan atau antara tradisi dengan
kemodenan.Maksud salafiah ialah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah
dan pembaharuan adalah menyatu dan mengikuti perkembangan dan tuntutan
zaman.

iii.Penyesuaian antara salafiah dan sufisme dengan
mengambil ajaran yang terbaik dari kedua-duanya sehingga menghasilkan
jalan terbaik dari kedua-duanya.

iv.Bersikap moderat antara
aliran zahiriyah dengan golongan takwil.Moderat antara sikap yang kaku
dalam melihat zahir nas dan sikap yang berlebih-lebihan dalam
mentakwilkan teks-teks agama.tidak terlalu luas dan tidak kaku.

v.Perimbangan antara perkara yang sabit dengan perkara yang berubah-ubah dalam Islam

vi.Melihat
dan memperhatikan realiti.tidak banyak berbicara tentang masa lalu
sehingga lupa akan masa depan atau terlalu idealistic tanpa melihat
realiti yang ada.

vii.Toleransi dan hidup dalam ukhuwwah serta saling hormat menghormati.

viii.Berlandaskan syura dan memberi kebebesan kepada masyarakat.

ix.Megembalikan kedudukan wanita sebagai saudara kembar bagi kaum lelaki.

x. Menghidupkan kembali ijtihad.

9. Dari kekerasan dan kebencian menuju lemah lembut dan rahmat

Metodologi
dakwah ditegakkan atas lemah lembuh, rahmat dan kasih saying.
Rasulullah sentiasa menyeru kepada kelembutan dan menolak kekerasan.
Al-Qaradawi menggariskan faktor-faktor kekerasan yang timbul di dunia
Islam iaitu ;

a. Penindasan tehadap kaum muslimin seperti di Palestin, Chechnya dan Sudan
b. Penguasa yang zalim serta penindasan terhadap ahli gerakan Islam.
c. Membasmi aliran pemikiran moderat sehingga aliran pemikiran radikal menguasai orang ramai.
d. Kekurangan dalam pemikiran dan pengetahuan para pendakwah yang mengutamakan formalitas daripada substansi dan tujuan.

10. Dari ikhtilaf dan perpecahan menuju persatuan dan ukhuwwah.

Perkara
yang dikhuatiri oleh al-Qaradawi adalah pertarungan, pentengkaran,
perpecahan, saling mencurigai, bahkan saling menghancurkn antara sesama
ahli gerakan Islam. Penyakit hasad dengki dan balas dendam terjadi di
kalangan umat Islam..

Menurut al-Qaradawi, ahli gerakan Islam
perlulah pemaaf dan saling memperkukuhkan ikatan persaudaraan. Adalah
penting mereka memahami fiqh al-Ikhtilaf antaranya ialah :

i.
Mengganggap perbedaan dalam perkara cabangan fikih sebagai rahmat dan
kelapangan bagi umat ini serta kekayaan dalam proses pengambilan hukum.
ii. Memandang kemungkinan adanya kebenaran dalam pendapat yang berbeda
iii. Memandang bahawa orang yang berijtihad pasti akan mendapat pahala walaupun salah dan dimaafkan.
iv. Bersikap objektif terhadap pendapat yang berbeda dan mengemukakan pendapat yang lebih baik serta bersikap adil.
v. Bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.

Inilah
sepuluh perkara yang menjadi asas kematangan dalam kebangkitan Islam
kini. Bharap kebangkitan Islam perlu ke tahap yang lebih baik
dengan pengarahan yang lebih bijaksana dan teratur.Selamanya Titashttp://www.blogger.com/profile/08964587374388676825noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3177566869291671236.post-60815843596179242092012-03-31T23:33:00.000-07:002012-03-31T23:33:35.222-07:00KELAHIRAN ISLAM

Sejarah permulaan Islam boleh dilambangkan huruf yang begitu ringkas
iaitu huruf “Alif” dalam perkataan “Iqra’” yang bermaksud baca, yang
telah diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W. pada tahun 610 Masihi di Gua
Hira’.

Sekaligus, ianya melambangkan betapa mudahnya permulaan firman
Allah kepada manusia, yang seterusnya diwahyukan secara beransur-ansur
kepada Rasulullah S.A.W. dalam tempoh 23 tahun sehingga kewafatan
Baginda. Selepas kewafatan Rasullullah S.A.W., kerajaan Islam
berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur
dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Umayyah, Abbasiyyah, Seljuk
Turki Seljuk, Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India
dan Kesultanan Melaka. Kerajaan-kerajaan ini merupakan antara empayar
yang terkuat dan terbesar di dunia yang menawarkan tempat pembelajaran
ilmu yang hebat. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah, para ilmuan
dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman
Keemasan Islam.

Selepas kewafatan Rasullullah S.A.W., kerajaan Islam
berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur
dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Umayyah, Abbasiyyah, Seljuk
Turki Seljuk, Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India
dan Kesultanan Melaka. Kerajaan-kerajaan ini merupakan antara empayar
yang terkuat dan terbesar di dunia yang menawarkan tempat pembelajaran
ilmu yang hebat. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah, para ilmuan
dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman
Keemasan Islam.

SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN DUNIA

Sejak wahyu pertama diturunkan Allah S.W.T. kepada Rasulullah, Islam
telah membuat banyak sumbangan penting kepada tamadun dunia melalui
penemuan-penemuan saintifik dan ilmiah yang berguna dan indah yang
digunapakai sehingga ke hari ini. Ahli falsafah, ilmuan dan saintis
Islam telah memberi dunia pelbagai inovasi dalam bidang perubatan,
matematik, sains, seni, senibina, muzik dan sebagainya, terutama semasa
Zaman Keemasan Islam.

Antara tokoh saintifik Islam paling masyhur ialah Abu Ali al-Hussain
Ibn Abdallah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sina yang telah
menulis 246 buku termasuk ‘Kitab-al Shifa’ dan ‘Al-Qanun fit Tibb’ yang
menjadi panduan utama bagi bidang sains perubatan di Barat dari abad ke
12 hingga 17. Perhatian terhadap bidang perubatan bermula sejak zaman
Rasulullah S.A.W. yang pernah bersabda, "Berubatlah, maka sesungguhnya
Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat,
kecuali satu penyakit, iaitu tua". Mengambil iktibar dari sabda Baginda,
hospital-hospital dan klinik-klinik ditubuhkan di seluruh dunia Islam,
dan yang paling awal telah dibina pada 707 Masihi di Damsyik semasa
pemerintahan Khalifah Walid ibn Abd a-Malik.

Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai
bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan
sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600
tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo. Ibn Firnas
dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta
planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Bapa Trigonometri,
Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan
penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar
beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam
46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah
berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira
diameter matahari dan orbit bulan.

Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil
sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan,
Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden. Mereka ini
hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat
sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang
digunapakai sehingga ke hari ini.

Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai
bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan
sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600
tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo.

Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan.

Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah
memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara
kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam
setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui
longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy
dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.

Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil
sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan,
Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden.

Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang
telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan
yang digunapakai sehingga ke hari ini.
Selamanya Titashttp://www.blogger.com/profile/08964587374388676825noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3177566869291671236.post-22802324928897423452012-03-31T22:35:00.000-07:002012-03-31T23:16:08.748-07:00SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN DUNIA

SEBELUM tiba zaman Renaissance,
Eropah dilanda zaman gelap (dark age). Maksud dark age ini ialah zaman masyarakat Eropah
menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan ilmu pengetahuan. Sementera masanya pula
menurut Encyclopedia Americana ialah tempoh 1000 tahun, yang bermula antara zaman
kejatuhan Kerajaan Roman dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada kurun ke-15
Masihi.

"Gelap" juga bermaksud tiada prospek yang
jelas bagi masyarakat Eropah. Situasi ini wujud kerana tindakan dan cengkaman kuat pihak
berkuasa agama; Gereja Kristian yang sangat berpengaruh. Gereja serta para paderi
mengongkong pemikiran masyarakat dan juga politik.

Mereka berpendapat hanya gereja sahaja yang
berkelayakan untuk menentukan kehidupan, pemikiran, politik dan ilmu pengetahuan.
Akibatnya kaum cendekiawan yang terdiri daripada ahli-ahli sains berasa mereka ditekan dan
dikontrol. Pemikiran mereka ditolak. Sesiapa yang mengeluarkan teori yang bertentangan
dengan pandangan gereja akan ditangkap dan didera malah ada yang dibunuh.

Dalam politik, gereja sering bersaing dengan
kuasa-kuasa kerajaan. Biasanya apa yang berlaku di Eropah pada abad pertengahan itu ialah
kuasa gereja lebih kuat dan adakalanya terjadi semacam kerjasama, Thomas Aquinas
(m 1274) seorang ahli fikir zaman ini mengeluarkan teori "negara wajib tunduk kepada
kehendak gereja". St Augustine (m 430) sebelumnya juga berpendirian demikian.
Manakala Dante (1265-1321) berpendapat kedua-dua kuasa itu hendaklah masing-masing berdiri
sendiri, dan mestilah bekerjasama untuk mewujudkan kebajikan bagi manusia (Joseph H Lynch,
1992, 172-174).

Diringkaskan cerita sejarah, golongan cendekiawan
sentiasa memberontak terhadap dan kongkongan gereja tersebut. Pada kurun kedua belas,
gerakan intelek telah mula berjalan. Cerdik pandai Eropah mula bersikap lebih berminat
untuk tahu dan lebih ghairah terhadap kebudayaan bangsa Timur yang telah lama maju. Dan
Timur yang dimaksudkan itu ialah Timur Tengah.

Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kata
ilmu pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antiok dan Baghdad. Diskusi akademik yang
melibatkan tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etik, politik, fizik dan
seumpamanya dibahas secara terbuka dan ilmiah. Ini bermakna sewaktu dunia Islam sudah
menikmati kemajuan dan tamadun yang tinggi, Eropah masih diselimuti kegelapan dan
kemunduran! Dunia telah diperlihatkan tentang betapa hebatnya perkembangan intelektual dan
ilmu pengetahuan di dunia Islam antara kurun ke-9 hingga ke-12.

Sewaktu pemerintahan khalifah-khalifah Abbasiyah yang
mashyur; al-Mansur (754-75), Harun al-Rashid (786-809) dan al-Makmun (813-833)
wilayah-wilayah Islam khasnya di Baghdad telah disuburkan dengan kemunculan ahli-ahli
fikir besar seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina, al-Biruni, Ibnu Miskawayh al-Razi,
al-Khawarizmi, Ibnu Haitham, Ibnu Rusyd Ibnu Bajja, Ibnu Masarrah, Ibnu Tufail, dan Ibnu
Khaldun. Mereka menjadi pemikir-pemikir dalam bidang-bidang falsafah, metafizik,
fizik, matematik, etik, politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi, kimia, optik,
dan muzik. Sebuah institusi bernama Baitul-Hikmat telah secara langsung membantu
operasi ilmiah ini dengan jayanya.

Kawasan Islam yang dekat dengan Eropah ialah Sepanyol.
Di sini perkembangan intelek juga berlaku dengan pesat. Philip K Hitti dalam
bukunya The Arabs: A Short History menukilkan seperti berikut: "Moslem Spain wrote one of the brightest chapters in the
intellectual history of medieval Europe. Between the middle of the eighth and the
beginning of the thirteenth centuries, the Arabic-speaking peoples were the main bearers
of the torch of culture and civilization throughout the world, the medium through which
ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted to make
possible the renaissance of Western Europe." (h 174-175).

Bagi memenuhi kehendak baru masyarakat intelek Eropah
ini, usaha terjemahan telah dibuat terhadap bahan-bahan ilmiah dari negara-negara Islam.
Mereka tidak menterjemah bahan-bahan ilmiah itu daripada bahasa Yunani. Charles Singer
dalam bukunya A Short History of Scientific Ideas to 1900
menyenaraikan tujuh alasan mengapa tindakan terjemahan lebih banyak buku berbahasa Arab.
(h 175-176):

1. Sebelum lebih kurang tahun 1200, ilmu-ilmu Islam
lebih teratur, lebih asli, lebih penting berbanding ilmu-ilmu Rom Timur.

2. Bahasa Yunani Rom Timur jauh sekali daripada bahasa
klasik. Bahasa yang digunakan oleh Aristotle sukar difahami oleh rahib-rahib yang menjaga
manuskrip-manuskripnya.

Tetapi bahasa Arab klasik pula mudah difahami oleh
setiap orang berpendidikan tinggi yang bertutur dan menulis bahasa Arab.

3. Keseluruhan kecenderungan ilmu Rom Timur mengarah
kepada teologi falsafah dan ilmu sains.

4. Saluran-saluran perniagaan dengan Barat sama ada
secara langsung dengan Islam ataupun melalui wilayah-wilayah asing terkepung di dalam
Empayar Rom Timur.

5. Dalam zaman pertengahan bahasa dipelajari secara
bertutur dan bukunya daripada tatabahasa Yunani.

6. Kuasa Kristian Latin tidak mencapai kemajuan di
dalam menduduki Wilayah Rom Timur. Di pihak lain pula Islam sedang berundur di Barat.

7. Bantuan daripada orang Yahudi diperolehi untuk
bahasa Arab, tetapi jarang sekali untuk bahasa Yunani.

Antara penterjemah Barat perintis daripada bahasa Arab
ke bahasa Latin ialah Adelard of Bath (c 1090 – c 1150) yang telah pergi ke
Sepanyol dan kepulauan Sicily. Khidmat beliau yang terkemuka ialah bidang matematik.
Beliau menterjemah karya al-Khawarizmi – Arithmetic-dan
diperkenalkan kepada Barat. Beliau juga menterjemah karya Euclid daripada bahasa
Arab. Seterusnya beliau menulis suatu dialog terkenal Natural Questions
yang merupakan sejenis ikhtisar permulaan tentang ilmu sains Arab.

Satu bidang sains di Sepanyol yang lebih progresif
ialah astronomi. Sebuah kutub khanah dan akademi telah ditubuhkan di Cordova dalam tahun
970 M dan badan-badan yang serupa muncul di Toledo dan beberapa tempat lain. Ketua
ahli-ahli astronomi Sepanyol dikenali oleh orang Latin sebagai Arzachel. Di Toledo beliau
telah menyusun apa yang disebut "jadual Toledo" yang telah mencapai
suatu tahap kejituan yang tinggi.

Alpetragus adalah seorang daripada ahli
astronomi yang terakhir. Beliau menulis buku teks astronomi untuk mengganti teori-teori
Ptolemy dengan suatu sistem planet yang benar-benar sepusat dan berjaya menyediakan
cadangan-cadangan kepada Copernicus (1993, 168-69).

Penterjemah terkemuka menurut Charles Singer
ialah Gerard of Cremona (1114-87). Beliau menghabiskan banyak
masa di Toledo dan menimba ilmu-ilmu Arab dari guru-guru Kristian tempatan. Beliau telah
berjaya menterjemah buku berbahasa Arab ke Latin tidak kurang daripada 92 buah karya Arab
yang lengkap. Banyak daripadanya amat panjang, misalnya Almagest karya Ptolemy dan Canon
karya Ibnu Sina. Canon ini ialah Canon fi al-Tibb, iaitu kitab perubatan (1993, 178).

Mereka juga menterjemah buku-buku falsafah. Di antara
penterjemah-penterjemah cemerlang Eropah waktu itu ialah Gundissalines (1130-1150).

Beliau telah menterjemah beberapa bab dari kitab
al-Syifa’ oleh Ibnu Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi, Risalat al-aqli Wa
al-Ma’qul oleh al-Kindi, Maqasid al-Falsafah oleh al-Ghazali, juga beberapa buah buku
tentang Astronomi. Herman dari German, seorang uskup bekerja menterjemah buku di Toledo.
Pada tahun 1240, beliau telah menterjemah ulasan Ibnu Rusyd terhadap buku Ethica
Nicomachaea karangan Aristotle. Pada tahun 1250, beliau menyalin dari bahasa Arab buku
Rheforica oleh Aristotle dengan memakai alasan-alasan al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.

Pada tahun 1256, beliau menyalin buku ulasan dari Ibnu
Rusyd terhadap buku Phoetics karangan Aristotle. Buku al-Syifa’ oleh Ibnu Sina
yang telah juga diterjemah ke bahasa Latin telah diterbitkan di bawah tajuk Sufficientia
Physicorum di mana ahli fikir Barat Roger Bacon sering membuat rujukan. Mengenai Rusyd
pula, Michael Scot telah membuat terjemahan ke bahasa Latin, komentar-komentar beliau
tentang buku falsafah Greek De Caelo et Mundo, De Enima, De Generatione et Conruptione,
Physica, Metaphysica, Metarologica, Parva Maturalia dan De Substancia Orbis.

Robert dari Chester (1110-1160), pernah tinggal di
Sepanyol, merupakan antara orang yang mula-mula menterjemah al-Quran. Sementara buku-buku
saintifik pula, beliau menterjemah teks alkimia yang mula-mula sekali terbit dalam bahasa
Latin. Penterjemahan beliau bagi karya al-Khawarizmi Algebra telah berjaya diperkenalkan
kepada orang Latin. Sewaktu di England, beliau menghasilkan jadual-jadual astronomi bagi
garis bujur London berdasarkan karya al-Battani dan garis lintang pula berdasarkan karya
al-Khawarizmi.

Raymond Lull (633-716/1236-1316) telah mempelajari
bahasa Arab di Majorea dan falsafah Islam di Bugia di Tunisia. Beliau telah menterjemah
Asma’al-Husna oleh Muhyi al-Din ibn Arabi. la juga ada membuat saduran dan
penyesuaian beberapa passage dari Futuhat al-Makkiyah hingga ia sendiri boleh menulis
hal-hal berkenaan dengan sufis, akidah dan falsafah. Tetapi ia juga yang memberi inisiatif
kepada pihak Kristian supaya melancar serangan moral menentang Islam.

Pengaruh al-Ghazali juga didapati sangat kuat. Dalam
konteks ini, al-Ghazali dianggap ahli teologi dan falsafah. Miguel Asin Palacios telah
mempelajari bukan sahaja buku Tahafut al-Falasifah oleh al-Ghazali malah lain-lain buku
beliau seperti Maqasid. Buku Maqasid telah diterjemah ke Latin diberi tajuk Logika et
philosophia Algazelis Arabic oleh Gundisalvas dan diterbitkan di Venice pada 912/1506.
Buku lain seperti al-Nafs al-Insani juga diterjemahkan dan diberi judul De Anima Humana (M
M Sharif, A History of Muslim Philosophy, 1966, h 1360).

Proses penterjemahan pelbagai ilmu dari Timur khasnya
Sepanyol ini dibantu juga oleh pelajar Yahudi. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan waktu
itu. Nama-nama Yahudi yang terkenal pada zaman tersebut ialah seperti Solomon ibn Gabirol
(1021-58) dari Sarafossa, Moses ben Maimon (1135-1204) dari Cordova.

Terjemahan buku-buku Ibnu Rusyd yang mereka lakukan
menjadi bahan-bahan akademik yang sangat berpengaruh. Terjemahan-terjemahan tersebut telah
memberi makna besar terhadap tamadun Eropah seperti yang disebut oleh Philip KHitti di
atas.

Bahan-bahan tersebut dipelajari oleh para sarjana dan
pelajar-pelajar tempatan. Ketika Frederick II memerintah Itali, beliau telah mendirikan
Universiti Neples dan di sini ilmu pengetahuan dari dunia Islam itu telah dipelajari.
Universiti Paris dibina pada tahun 1236, kemudian Universiti Bologna dan Oxford di London.
Universti-universiti ini menjadi pintu masuk ilmu-ilmu dari dunia Islam secara rasmi
kepada masyarakat Eropah pada abad pertengahan.

Kemunculan Universiti Paris sebagai pusat pembelajaran
adalah antara sebab penting ke arah perkembangan bidang falsafah dalam abad ketiga belas.
Usaha-usaha mempelajari falsafah Aristotle serta sejarah besar ulasan-ulasan teks yang
dibuat oleh orang-orang Islam dari Baghdad dan Sepanyol dalam bidang-bidang epistemologi,
metafizik dan etika berasaskan pemikiran al-Farabi,Ibnu Gabirol, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd
telah berlaku.

Kerja-kerja terjemahan diperhebatkan. Cendekiawan Paris
sibuk mempelajari buku-buku yang berjudul Deintellectu et intelligibili kerap merujuk
kepada Ibnu Rusyd sekerap rujukannya terhadap Aristotle. St Thomas Aquinas merujuk kepada
Ibnu Sina dalam karyanya guaestiones disputaEae de veritate (Permasalahan yang
dipertikaikan mengenai kebenaran). Buku perubatan Ibnu Sina iaitu Qanun Fi al-Tib
dipelajari di Eropah hingga abad ke-17.

Pengaruh Ibnu Rusyd di Eropah menurut Bertrand Russell
sangatlah kuat, bukan sahaja di kalangan golongan skolastik, tetapi juga di kalangan satu
kumpulan besar pemikir bebas bukan profesional (a large body of improfessional
free-thinkers) yang menafikan keabadian (immotality).

Mereka digelar pengikut Ibnu Rusyd.Sementara di
kalangan ahli falsafah profesional, peminatnya yang utama ialah ahli-ahli Mazhab
Franciscan dan mereka yang berada di Universiti Paris. (Russell, 413-421).

Orang-orang penting di abad pertengahan seperti
Sigervan Brabant dan Boethius adalah antara pengikut-pengikut Ibnu Rusyd hingga mereka
mendapat kemurkaan pihak gereja. Christopter Colombus sendiri mendapat ilham daripada Ibnu
Rusyd.Dalam usahanya untuk menyeberangi lautan Atlantik, beliau dihalang oleh pelbagai
pihak terutamanya sekali gereja. Tetapi beliau bertekad mahu meneruskan juga ekspidisi
berbahayanya. Apabila ditanya di manakah beliau mendapat ilmu dan keberanian untuk
pelayaran itu, beliau menyebut "daripada buku-buku Ibnu Rusyd!".

Kaum wanita pula yang tertekan oleh pelbagai
diskriminasi telah mendapat ilham dan semangat baru apabila membaca buku-buku Ibnu Rusyd
mengenai wanita dan hak-hak mereka. Kesedaran ini telah menimbulkan gerakan feminisme dan
ia dipelopori oleh Dubois di Perancis dan Ockham di England iaitu kira-kira dua abad
selepas kematian Ibnu Rusyd. Menurut para pengkaji pengaruh Ibnu Rusyd setidak-tidaknya
terus berpengaruh selama empat abad di Eropah.

Makna penting walaupun ringkas paparan di atas ialah
bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari
pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah.
Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi,
matematik, logik, akhlak (Etika), kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Neples,
Bologna, Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi zaman gelap meluncur
menuju zaman Renaissance. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa
Eropah.

Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi
di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari
sejak abad ke-13 lagi? Cuba kita bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu
bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan kita terbelakang atau mundur, walhal daerah
Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan
pelbagai hasil bumi dan pertanian.

Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam
Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam
sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang kita
sifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka
maju.

Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur
justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada
tahun 1258 M atau pun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar
tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.

A H Johns dalam eseinya muslim mystics and historical
writing mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:

"After the capture of the caliphate, the task of
maintaining the unity of the Islamic Community passed to the sufis, a development rising
from the close relationship between the sufi shaikh and his disciples, the sufi missionary
spirit and the popular basic of the movement. The Sufi orders gradually became stable and
disciplined foundations and some of them spread over wide areas. " (dipetik oleh A H
Johns 1993, 39).

Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu,
orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini
mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara
telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara.

Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk
Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan
berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.

Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah
antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar.

Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah,
Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963,
32).

Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi
organisasi yang lain. la bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada
163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal
hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Russia Vladimir I
Braginsky dalam "pendahuluan" untuk bukunya Tasawuf dan Sastera Melayu
mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat
Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17 tasawuf selalu
memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu
– Indonesia yang maha luas itu.

Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang
paling sesuai dengan mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar
luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf
mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh
sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar
mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua
strata masyarakat. (1993, xi).

Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk
menebal keyakinan dalam hati dan menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan
intim dengan Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan
al-Hadith serta lain-lain terus dipelajari.

Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan
di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan
mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17).

Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan
kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang
serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita Hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat
Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat
orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.

Acheh (1511-1650 M) memaparkan para sultan yang
berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan
Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya
agama dan tasawuf berkembang pesat.

Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin
al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain.
Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.

Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800).
Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar
Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja
Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji
adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya
usuluddin dan tasawuf.

Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca
yang berhasrat untuk mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera,
fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tenku
Iskandar Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat komprehensif
tentang tajuk yang dibicarakan di atas.

Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran
umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan
budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam
Melayu didominasikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan
lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini.

Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang
ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya
bangsa-bangsa Barat.

Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi
serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur
ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih
tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.

Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra
Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah
dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah
disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu
memajukan pemikiran dan pencetusan idea-idea saintifik seperti falsafah, matematik, fizik,
perubatan, etik, psikologi, politik, astronomi, kimia, dan optik muzik.

Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah
iaitu di Pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah
umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan
mereka pada tahun 1258 M, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang
tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan
saintifik sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting
dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan
syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke
Nusantara.

Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang
terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah
dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hudisma-Buddisma
kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.

Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang
lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan
yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!
Selamanya Titashttp://www.blogger.com/profile/08964587374388676825noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3177566869291671236.post-90266829593707628972012-03-30T07:54:00.000-07:002012-03-30T07:54:30.887-07:00KEADILAN DALAM TAMADUN ISLAM

KEADILAN DALAM ISLAM

Keadilan
berasal daripada perkataan adil yang bermaksud pertimbangan yang wajar
atau berpatutan, tidak memihak kepada mana-mana dan tidak dilakukan
secara sewenang-sewenangnya. Keadilan merujuk kepada perbuatan dan
tindakan yang wajar dan boleh diterima oleh orang lain.

Oleh itu,
sebarang tindakan dan perlakuan yang apabila dilakukan menimbulkan
tindak balas yangpositifkerana kepuasan maka keadilan sedang
berlangsung. Tetapi apabila hasil daripada sesuatu tindakan atau
perlakuan telah menimbulkan kekecohan, pemberontakan dan kemarahan orang
lain maka ketidakadilan sedang berlaku.

Islam melihat keadilan
secara menyeluruh kerana keadilan mutlak adalah syiar bagi peraturan
Islam dan menjadi lambang kesucian agama Islam. Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu
berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat apa yang
mereka perlukan dan melanang dari perbuatan keji,
kemungkarandanpermusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu
dapat mengambil pengajaran."

Keadilan merupakan syiar bagi
seluruh agama Ilahi yang dibawa oleh para Anbia, firman Allah s.w.t.
yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan
membawa bukti-bukti yang nyata, dan telah Kami turunkan bersama-sama
mereka al-Kitab dan neraca keadilan supaya manusia dapat melaksanakan
keadilan (Surah Al-Hadiid:Ayat 25).

Keadilan merupakan asas bagi
setiap penyusunan perseorangan, masyarakat atau negara. la merupakan
pembahagian kekuasaan manusia di alam wujud ini supaya tiap-tiap
kekuasaan itu menuju ke arah yang dirancangkan serta mengikut dasarnya.
Kekuasaan yang berbagai-bagai itu akan bertemu akhirnya pada pusat
kekuasaan sesuatu bangsa atau dalam kekuasaan kemanusiaan seluruhnya.
Melalui keadilan pembahagian kemanusiaan ini, manusia dapat
menyempurnakan tugasnya sebagai khalifah Allah dengan cara yang sempurna
atau hampir kepada yang sempurna ke arah kebaikan dan mengatasi
unsur-unsur keburukan yang merosakkan.

Berdasarkan kenyataan ini,
keadilan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pertama, keadilan
undang-undang; kedua, keadilan sosial; dan ketiga, keadilan sejagat.
Setiap bahagian ini merupakan komponen yang lengkap-melengkapi dalam
pembentukan keadilan dalam Islam.

KEADILAN UNDANG-UNDANG

Keadilan
undang-undang ialah bahawa undang-undang itu dikenakan atau
dikuatkuasakan ke atas semua orang secara sama rata tanpa dibezakan di
antara yang kaya dengan yang miskin dan tanpa sebarang perbezaan
berdasarkan warna kulit, bangsa dan agama, juga tanpa sebarang perbezaan
di antara orang yang jahil dengan orang yang terpelajar dan sebagainya.
Ini menunjukkan kesemua mereka adalah sama sahaja di hadapan
undang-undang, tidak ada unsur lebih melebihi di dalam melaksanakan
undang-undang itu di kalangan manusia, kalau pun ada kelebihan, maka itu
adalah dari kebaikan perseorangan yang dilakukan oleh seseorang
manusia.

Menurut al-marhum Saad Zaglul, kita berbeza antara satu
sama lain, tetapi di hadapan undang-undang kita adalah sama sahaja.
Kata-kata ini merupakan kesimpulan yang paling baik mengenai pandangan
Islam tentang keadilan undang-undang. Saidina Abu Bakar al-Siddiq yang
menjadi khalifah kepada Rasulullah s.a.w., umpamanya lebih mulia dari
seorang Arab dusun dari segi budi pekerti dan agama, tetapi beliau di
hadapan undang-undang adalah sama sahaja dengan orang Arab dusun itu.

Rasulullah
s.a.w. telah menekankan tentang persamaan yang mutlak pada pandangan
hukum-hukum syarak. Sabda baginda bermaksud, semua kamu adalah dari
ketumnan Adam dan A dam Hawa itu dari tanah, tidak ada kelebihan bagi
orang Arab ke atas yang bukan Arab kecuali dengan sifat takwa (Riwayat
Bukhari dan Muslim). Sabda baginda lagi yang bermaksud, manusia semua
adalah sama seperti gigi sikat. Rasulullah s.a.w. mengambil sikap tegas
di dalam melaksanakan hukum- hukum syarak dan baginda melarang sama
sekali sikap pilih kasih.

Pernah diriwayatkan bahawa seorang
wanita dari keturunan Quraisy telah mencuri selepas pembukaan Makkah.
Orang Quraisy sangat khuatir sekiranya Rasulullah s.a.w. akan memotong
tangannya dan ini sudah tentu akan mencemarkan sekali nama baik suku ini
di kalangan bangsa Arab. Orang Quraisy telah mengutus Usamah bin Zaid
seorang yang dikasihinya dan anak kepada bekas hambanya yang
dimerdekakan. Usamah telah menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminta
Syufaat' terhndap wanita itu. Lalu baginda berkata kepadanya, apakah
kamu meminta syufaat terhadap suatu kesalahan yang dilakukan terhadap
Allah? Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai sambil memberi
ucapan, katanya, Apa halnya dengan snatu kumpulan yang memohon syufaat
terhadap kesalahan yangdilakukan terhadap Allah, sesungguhnya orang yang
terdahulu daripada kamu binasa disebabkan mereka apabila seseorang
bangsawan di antara mereka mencari, maka dia dibiarkan tanpa dihukum,
tetapi apabila orang yang lemah melakukannya, maka ia dikenakan hukuman
keatasnya. Demi Allah, kiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, maka aku
akan potong tangannya,

Para sahabat di zaman pemerintahan
Khalifah Saidina Abu Bakar al- Siddiq, Saidina Umar al-Khattab dan
Saidina Uthman ibn Affan melaksanakan keadilan seperti ini secara yang
paling sempurna. Saidina Umar al-Khattab pernah menekankan kepada para
sahabat, katanya, yang kuat di antara kamu adalah lemah di sisiku
sehingga aku mengambil hak daripadanya dan yang lemah di antara kamu
adalah kuat sehingga aku pulangkan hak kepadanya, Beliau telah
melaksanakan kata-katanya itu dengan sepenuhnya kerana merasa khuatir
sekiranya keluarganya melebih-lebihkan diri mereka ke atas orang ramai
disebabkan hubungan dengannya. Apabila beliau mengeluarkan sesuatu
arahan atau membuat sesuatu larangan, maka beliau memanggil anak-anaknya
sambil berkata kepada mereka, aku telah mengeluarkan kepada, orang
ramai hari ini sekian, demi Allah kalau aku dapati kamu melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan arahan itu, maka aku akan lipat
gandakan hukuman ke atas sesiapa di antara kamu yang melakukannya.
Beliau juga pernah berkata kepada Abu Musa al-Ashaari sewaktu
melantiknya sebagai seorang Kadi, katanya, hendaklah kamu samaratakan di
antara yang menuduh dan yang dituduh di dalam majlis engkau dan juga di
dalam masa kamu menerima kedua- duanya.

Pernah diriwayatkan
tentang sikap Saidina Umar di dalam melayani orang ramai secara sama
rata di hadapan undang-undang. Antaranya diceritakan bahawa salah
seorang amir dari keturunan Ghassan semasa melakukan tawafdi Baitullah,
maka salah seorang pemuda dari suku Fazzarah telah terpijak jubah yang
dipakai oleh amir itu. Amir itu telah bertindak memukul pemuda itu
sehingga berdarah hidungnya lalu pemuda itu mengadu kepada Saidina Umar
dan Amir itu juga mengadu hal yang sama kepadanya. Beliau lalu berkata
kepada Amir itu, pemuda itu berhak bertindak balas ke atas kamu, ataupun
dia memaafkan kamu, maka kata Amir itu, bagaimana boleh berlaku
demikian, saya seorang bangsawan sedangkan dia adalah seorang biasa.
Maka Saidina Umar berkata, sesungguhnya agama Islam telah menyamaratakan
antara kamu berdua, kamu tidak melebihinya melainkan dengan sifat takwa
sahaja. Mendengar jawapan itu, maka si Amir tadi cuba memujuk pemuda
itu tetapi ia enggan mengampunkannya, malah menuntut memukul balas. Oleh
sebab Amir itu yakin bahawa Saidina Umar akan membiarkan pemuda itu
bertindak balas terhadapnya, maka amir itu pun melarikan dirinya ke
negeri Rom dan seterusnya keluar dari agama Islam. Peristiwa tersebut
tidak sedikit pun menyedihkan Saidina Umar kerana adalah lebih baik bagi
agama Islam sekiranya ada beberapa ribu orang yang tidak tebal imannya
keluar dari agama Islam daripada ia mengakui di atas sesuatu kezaliman
atau memandang ringan terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan.
Kezaliman akan menjauhkan orang yang benar, sebaliknya keadilan pula
akan mendekatkan mereka yang mempunyai jiwa yang suci yang sentiasa
menuju ke arah kebenaran. Mereka ini biar betapa kecil pun bilangan
mereka adalah lebih baik dan lebih member! kesan.

Agama Islam
tidak sahaja menyamaratakan antara yang kuat dengan yang lemah di dalam
menghadapi hukuman, malah ia mengambil suatu sikap yang tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana peraturan pun, mahupun pada hari ini, iaitu ia
mengukur besar kecilnya sesuatu kesalahan itu mengikut orang yang
melakukannya. Hukuman dijatuhkan selaras dengan kesalahan, maka dengan
itu hukuman hendaklah dijatuhkan setimpal dengan kedudukan orang yang
melakukan kesalahan itu. Perkara ini jelas sekali daripada hukuman yang
dikenakan ke atas seseorang hamba dengan hukuman yang dikenakan ke atas
seseorang yang merdeka. Seorang hamba hanya dikenakan separuh sahaja
dari hukuman yang dikenakan ke atas seorang yang merdeka. Maka itu
seseorang. yang merdeka melakukan kesalahan zina, ia disebat sebanyak
100 rotan dan seorang hamba yang melakukan kesalahan yang sama hanya
dikenakan sebanyak 50 rotan; seorang merdeka yang meminum arak dikenakan
sebat sebanyak 80 rotan, manakala seorang hamba hanya dikenakan
sebanyak 40 rotan sahaja. Begitu juga kedudukannya di antara seorang
amah (jariah) dengan seorang wanita yang merdeka, hukumannya hanya
separuh sahaja dari yang dikenakan ke atas wanita yang merdeka.

Sebaliknya,
undang-undang Roman (Romawi) berbeza sekali dengan apa yang
dilaksanakan menurut agama Islam. Seorang hamba yang melakukan kesalahan
zina dijatuhkan hukuman mati tetapi seorang anggota majlis senat yang
melakukan kesalahan yang sama hanya dikenakan denda dengan wang sahaja.
Undang-undang Roman tersebut adalah undang-undang zaiim yang tidak
terdapat unsur-unsur keadilan di dalamnya, manakala hukuman Islam pula
mencermmkan keadilan yang sebenar. Ini kerana kesalahan itu sendiri
merupakan penghinaan ke atas diri orang yang melakukannya. Seorang hamba
sememangnya seorang yang sudah hina, kerana ia dimiliki oleh orang
lain, jadi sudah tentu seorang yang hina mudah melakukan sesuatu yang
hina dan orang yang rendah kedudukannya selalu menuju ke arah melakukan
kesalahan-kesalahan. Sebaliknya, seseorang yang tinggi kedudukannya
tidak terdapat kehinaan pada dirinya, jadi dengan melakukan sesuatu
kesalahan, maka orang itu telah mencemar serta merendahkan kedudukannya
mengikut kesalahan yang dilakukan itu. Jadi kesalahannya itu lebih besar
bahaya dan kesannya lebih menimbulkan keburukan di dalam jiwa individu
serta masyarakat. Tidak syak lagi kalau seseorang yang mempunyai
kedudukan melakukan kesalahan zina, maka perbuatan itu akan menggalakkan
orang yang lebih rendah kedudukannya melakukan kesalahan itu. Manakala
kesalahan yang dilakukan oleh orang biasa tidak akan mendorong orang
lain untuk melakukannya. Maka dengan sebab itulah agama Islam
membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai kedudukan
yang tinggi dan berikutnya hukuman yang dikenakan ke atasnya adalah
lebih besar selaras dengan kedudukannya itu.

Demikianlah dapat
kita lihat keagungan penyusunan undang-undang Islam yang tidak dapat
ditandingi oleh mana-manapun undang-undang sekarang ini. Kebanyakan
undang-undang, walaupun berjalan di atas dasar persamaaan yang tidak
melebih-lebihkan mana-mana pihak, tetapi dalam pelaksanaannya akan
bertindak untuk meringankan kesalahan yang dilakukan oleh golongan yang
mempunyai kedudukan dan sebaliknya membesarkan kesalahan yang dilakukan
oleh golongan yang tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat.

Kebanyakan
undang-undang yang berjalan sekarang ini tidak menjatuhkan hukuman ke
atas kesalahan yang dilakukan oleh "ketua negara", Ini kerana ketua
negara itu tidak sepatutnya akan melakukan kesalahan. Undang- undang
ciptaan manusia sehingga kini menganggap peribadi ketua negara sebagai
peribadi yang terlindung dan tidak boleh disentuh, di samping mendewa-
dewakannya sehingga seolah-olah mereka itu dari golongan yang suci.
Ungkapan- ungkapan yang dilahirkan oleh sesetengah para hakim dan
penolong pendakwa raya membayangkan bahawa ketua-ketua negara itu
sebagai peribadi yang suci dan tidak boleh disentuh. Realitinya,
walaupun corak pemerintahan beraja mulai terhapus, tetapi kesannya masih
ada, kerana peribadi ketua negara masih lagi disalut oleh pandangan
tadi.

Agama Islam tidak mengenal semua ini dan para ulama fikah
bersependapat bahawa gabenor-gabenor dan juga pemerintah tertinggi
(imam) akan menghadapi perbicaraan dan hukuman terhadap
kesalahan-kesalahan yang dilakukannya seperti yang dikenakan ke atas
orang lain tanpa sebarang pengecualian. Sekiranya ia melakukan kesalahan
membunuh maka ia boleh dihukum bunuh balas dan kadi berhak
memerintahkan supaya harta itu dirampas daripadanya. Ini menunjukkan
tidak wujud sebarang perbezaan di antara pemerintah yang tertinggi,
iaitu Khalifah, dengan orang ramai di dalam menghadapi perbicaraan dan
hukuman kalau ia melakukan sesuatu kesalahan. Jawatan dan kedudukan yang
disandangnya itu tidak boleh mengecualikan atau memberikan
keistimewaan kepadanya terhadap perbicaraan dan kesalahan yang
dilakukan.

Ini merupakan pandangan mengenai keadilan
undang-undang dan hukuman-hukuman di dalam Islam, iaitu keadilan yang
tidak mengenai sebarang perbezaan di antara penganut berbagai-bagai
agama. Orang bukan Islam yang hidup dalam masyarakat Islam juga
dikenakan hukuman-hukuman yang dijalankan ke atas orang-orang Islam
tanpa sebarang perbezaan antara mereka dalam apa bentuk sekalipun
kecuali dalam perkara-perkara yang berhubung dengan hal ehwal
perseorangan mereka seperti perkahwinan dan perceraian, hukuman adalah
dijatuhkan berdasarkan kepada peraturan agama yang dianuti mereka. Ini
kerana terdapatduaperkara yang membentukperhubungan antara mereka dengan
orang Islam. Pertama, mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama
dengan hak dan tanggungjawab orang Islam. Ini menyebabkan mereka berhak
dikenakan hukuman di dalam soal-soal kira bicara dan keadilan seperti
yang dikenakan ke atas orang Islam tanpa sebarang perbezaan. Keduanya,
orang Islam diperintahkan supaya membiarkan orang bukan Islam dengan
agama mereka dan tidak harus bagi orang Islam menyentuh soal-soal
ibadat, perkahwinan dan perceraian mereka, kerana peraturan-peraturan
ini adalah dipetik dari agama mereka. Jadi untuk memelihara kebebasan
beragama, maka mereka hendaklah dibiarkan menjalankan sendiri soal-soal
yang berhubung dengan hal-hal tadi.

KEADILAN SOSIAL

Keadilan
sosial bertujuan supaya setiap orang dapat hidup di dalam masyarakatnya
secara yang mulia tanpa sebarang penindasan. la memberi kesempatan
kepada masyarakat untuk mempergunakan kebolehan yang dimilikinya untuk
kemanfaatan diri dan masyarakat.

Kemiskinan sukar untuk
dihapuskan sepenuhnya. Sebaliknya keadilan sosial hanya bertujuan untuk
meringankan sedikit kesengsaraan yang dihadapi oleh golongan miskin,
mengikiskan rasa iri hati dan dengki terhadap golongan kaya serta
memberi peluang kepada mereka untuk mendapat makanan, pakaian dan tempat
tinggal. Kesannya, tenaga yang ada boleh dipergunakan dan boleh membawa
kebaikan untuk masyarakat serta dapat menghindarkan keburukan ke atas
diri mereka dan juga ke atas masyarakat sendiri.

Manusia akan
berbeza dari segi kemiskinan dan kekayaan mereka sehinggalah bumi ini
dan makhluk-makhluk diambil semua oleh Allah s.w.t. Kemiskinan tidak
mungkin dapat dibanteras melainkan setelah semua kekuatan dapat
disatukan, punca-punca rezeki dan gejala-gejala kebendaan serta
pemikiran dapat disatukan. Ini kerana manusia adalah berbeza sesama
mereka

dalam segi kekuatan. Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda, manusia adalah seperti unto, seratus daripadanya tidak
mempunyai penunggang.

Manusia dilihat dari segi kekuatan
pemikiran dan kekuatan fizikal, umpama segi tiga piramid. Orang yang
berada tidak ramai di kemuncaknya, manakala bilangan bertambah apabila
kedudukan semakin ke peringkat bawahan.

Walaupun daya pengeluaran
dapat disatukan di kalangan individu dalam sesuatu masyarakat, tetapi
punca kekayaannya tidak dapat disatukan. Ini kerana seseorang itu
mungkin mempunyai sumber yang tidak dimiliki oleh orang lain atau
pengeluaran belum dapat dipastikan sekiranya mereka menggunakan punca-
punca tersebut, tetapi akibat ditimpa bencana, kekayaannya tidak dapat
diselamatkan, sedangkan yang lain pula tidak menghadapi bencana
tersebut. Berdasarkan perbandingan, manfaat-manfaat yang didapati oleh
para pengusaha dari pekerjaan mereka bolehlah dibandingkan dengan
peladang-peladang. Walaupun mereka ini menanam tanaman yang sama,
menggunakan baja yang sama serta sama-sama melindungi tanaman mereka
dari ancaman musuh, tetapi kadang-kadang berlaku ke atas salah seorang
daripada mereka perkara-perkara yang di luar dugaan, umpamanya peladang
yang tanahnya berhampiran dengan sungai dilanda banjir, sedangkan
peladang yang tanahnya agak berjauhan sedikit terselamat dari bencana
tersebut, atau dapat menyelamatkan tanamannya sebelum dilanda banjir.
Jadi sudah tentu orang ini akan mendapat pendapatan yang berlebihan,
sedangkan peladang yang tanamannya dilanda banjir mendapat hasil yang
kurang.

Berdasarkan kemiskinan dan kekayaan, agama Islam
menganggap ia suatu hakikat yang tetap dan menganggap gejala-gejala ini
sebagai suatu perkara semula jadi bagi kehidupan manusia. Hakikat ini
telah diakui oleh al-Quran di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan
dunia. Walau bagaimanapun ini tidak bererti bahawa agama Islam mengakui
wujudnya kasta atau kelas berdasarkan kemiskinan atau pemilikan
kekayaan. Di dalam Islam tidak terdapat sebarang peraturan kasta seperti
yang dapat kita saksikan di dalam pelaksanaannya terhadap keadilan
undang-undang. Agama Islam juga memastikan bahawa orang kaya tidak akan
bersikap tinggi diri terhadap golongan miskin berdasarkan kekayaan.
Kelebihan manusia di sisi Allah s.w.t. hanya berdasarkan sifat ketakwaan
dan ketaatan, serta kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. itu
hanya diukur dari segi amalan soleh. Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa A
llah tidak melihat kepada rupa bentuk kamu, tetapi ia melihatpada hati
dan pekerjaan kamu.

Segala perbuatan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah s.a.w. dalam kehidupannya memperlihatkan sikap untuk
menghapuskan kasta di kalangan manusia. Baginda pernah melarang sikap
bermegah-megah dengan keturunan yang menjadi tradisi pegangan masyarakat
Arab kerana melahirkan semangat asabiyah berdasarkan sistem suku atau
kabilah. Diriwayatkan bahawa seorang sahabat telah "menggiat" seorang
sahabat yang lain kerana ibunya. Rasulullah berkata kepada sahabat itu,
Apakah kamu menggiatnya kerana ibunya? Sesungguhnya terdapatpada engkau
unsur-unsur jahiliyah. Di samping itu Rasulullah s.a.w. bersabda, bukan
dan kami orang yang menyeru kearah sikapfanatik. Kesemuanya ini adalah
bertujuan untuk menyatukan masyarakat Islam, dan seluruhnya.

Para
pemerintah Islam telah melebihkan golongan yang lemah dan mulia iaitu
dengan mendekatkan golongan ini kepada mereka supaya perasaan asabiyah
dan kasta dapat dihapuskan. Ada diriwayatkan bahawa pada suatu ketika
Bilal, Abu Sufian dan beberapa orang lagi pembesar Quraisy meminta
kebenaran untuk menemui Saidina Umar al-Khattab, maka penjaga pintu
bilik masuk memberitahu beliau, Abu Sufian dan Bilal ada menunggu di
luar pintu. Mendengar itu Saidina Umar merasa marah kerana penjaga pintu
itu mendahulukan nama Abu Sufian dari nama Bilal. Beliau berkata kepada
penjaga pintu itu, katakan bahawa Bilal dan Abu Sufian ada menunggu di
luar. Saidina Umar kemudiannya membenarkan Bilal menemuinya dan enggan
menemui Abu Sufian. Saidina Umar juga telah mengeluarkan arahan melarang
pembesar-pembesar Quraisy berpindah ke daerah-daerah pembukaan Islam.
Ini kerana dibimbangi mereka akan dijadikan golongan bangsawan yang
menguasai orang ramai atas nama pemerintah.

Agama Islam telah
berusaha untuk menghapuskan sistem kasta ini dan mengikisnya dari jiwa
manusia melalui penbadatan-peribadatannya. Di dalam ibadat sembahyang,
umpamanya, seorang miskin berdiri dalam satu baris dengan orang kaya,
masing-masing dengan perasaan tunduk dan khusyuk kepada Allah s.w.t. dan
sama-sama mengucapkan kata-kata Allah Maha Besar. Di dalam ibadat haji
pula segala perbezaan sosial terhapus sama sekali baik dari segi bangsa,
warna kulit, baik miskin atau kaya, kesemuanya menjadi tetamu Allah
s.w.t. di Baitullah al-Haram dan kesemuanya memakai pakaian yang sama
diperbuat daripada kapas. Begitulah keadaannya dengan
peribadatan-peribadatan Islam yang lain, kesemuanya mendidik hati
manusia menuju ke atas persamaan tanpa sebarang perbezaan dan tanpa
memandang kedudukannya, kaya atau miskin, dari keturunan yang mulia atau
tidak, malah semuanya adalah sama di hadapan Allah s.w.t. seperti pada
mula-mula mereka diciptakan.

Islam mengakui hakikat realiti yang
berlaku iaitu bahawa di kalangan manusia itu terdapat golongan yang
miskin dan yang kaya. Agama Islam telah berusaha untuk mengatasi
kemiskinan dan cuba menghalang agar kemiskinan ini tidak merendahkan
atau menghinakan umat Islam. Oleh itu, beberapa pendekatan dilakukan
untuk mengelakkan timbulnya suatu golongan yang mengancam masyarakat
serta mencetuskan perasaan iri hati di kalangan orang miskin yang kelak
akan memberontak terhadap peraturan-peraturan masyarakat sehingga
sanggup melakukan kegiatan mencuri, merampas, merompak dan mungkin juga
membawa kepada mengubah peraturan sesuatu masyarakat.

Pertama,
memberi peluang kepada setiap orang untuk berusaha dengan menyediakan
peluang pekerjaan. Sekiranya tidak berpeluang untuk melakukannya, maka
ia boleh melakukan sebarang pekerjaan dengan menggunakan tenaga
tangannya. Rasulullah s.a.w. pernah memberi galakan agar seseorang itu
bekerja dengan tangannya (usahanya). Sabda baginda bermaksud: Tidak ada
makanan yang lebih baik yang dimakan oleh anak Adam dari usaha tangannya
sendiri, sesungguhnya Nabi Allah Daud makan dari pekerjaan tangannya
sendiri. Hadis ini menyebut mengenai Nabi Allah Daud, seorang pemimpin
yang agung dan seorang raja yang berkuasa, maka kekuasaan serta kekayaan
terletak di bawah tangannya. Baginda lebih suka makan dari hasil usaha
tangannya sendiri untuk mendapatkan rezeki yang halal dan itulah rezeki
yang sebaik-baiknya, walaupun baginda boleh mengambil sebahagian dari
kekayaan itu secara yang benar untuk diri dan keluarganya.

Pada
zaman Rasulullah s.a.w., seorang lelaki telah datang menemui baginda
untuk meminta sedekah dari harta Baitulmal. Baginda mendapati lelaki itu
masih kuat dan bertenaga, maka tidak diberikan wang sebaliknya
dibelikan sebilah kapak untuknya mencari kayu api dan dengan itu dia
dapat mencari rezeki dari hasil tangannya sendiri. Rasulullah s.a.w.
menggalakkan orang yang bertenaga untuk bekerja dan sabda baginda,
seandainya seseorang itu mencari kayu api dengan menggunakan kapaknya,
maka itu adalah lebih baik baginya dari meminta- minta kepada orang yang
mungkin akan memberikan sesuatu kepadanya atau tidak memberikannya.
Baginda memuliakan pekerjaan seperti ini supaya orang tidak memandang
rendah terhadapnya dan juga bertujuan untuk meningkatkan bilangan
pekerja-pekerja dan tukang-tukang yang membuat perkakas-perkakas dengan
tangan mereka, kerana usaha-usaha mereka ini sangat diperlukan untuk
proses pembangunan.

Sekiranya pekerjaan seperti ini dipandang
rendah maka sudah tentulah kemakmuran tidak dapat dicapai dan perusahaan
tidak dapat dipertingkatkan. Selain daripada itu pandangan tinggi yang
disarankan oleh hadis tadi dapat mengelakkan orang ramai dari memandang
rendah terhadap sebahagian dari mereka. Dengan itu terhindarlah sesuatu
masyarakat yang memandang rendah golongan pekerja sedangkan golongan
yang tidak melakukan sebarang pekerjaan, tetap dihormati dan dimuliakan.

Kedua,
untuk mengatasi kemiskinan ini ialah dengan menyediakan peluang-peluang
supaya mereka yang mempunyai kemampuan dapat mengambil faedah dari
keupayaan dan kebolehan yang mereka miliki. Ulama fikah menegaskan
bahawa setiap usaha yang membawa kemakmuran iaitu pertanian,
kilang-kilang perusahaan, dan melakukan jihad untuk menegakkan agama
Allah adalah wajib ke atas umat Islam. la adalah wajib secara khusus ke
atas setiap orang yang mampu dalam salah satu usaha-usaha tadi dan wajib
secara umum ke atas umat Islam. Setiap dari usaha-usaha ini hendaklah
dikekalkan, dikembangkan dan dipertingkatkan kepentingan di kalangan
umat Islam terutama golongan muda.

Ahli fikah juga menekankan
bahawa cara untuk menyediakan peluang yang seluas-luasnya kepada semua
orang ialah dengan menyediakan pendidikan. Pendidikan dalam peringkat
pertama adalah untuk setiap orang (umum), di peringkat kedua,
berdasarkan kelayakan untuk meningkatkan kemahiran, maka mereka ini
disalurkan kepada bidang-bidang yang diperlukan untuk pembangunan. Namun
begitu ada di antara mereka yang boleh berusaha dengan tenaga tangan
sendiri dengan bertani, berniaga, membuat perusahaan tangan, membuka
perusahaan-perusahan sendiri atau lain-lain bidang yang tidak memerlukan
tahap kemahiran dan teknologi tinggi.

Selepas menyempurnakan
peringkat kedua, maka sudah tentu ada di antara mereka yang mempunyai
kelayakan untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat akhir, iaitu
peringkat seseorang itu akan membuat pengkhususan dalam sesuatu bidang.
Pengkhususan merangkumi pelbagai bidang ilmu pengetahuan antaranya
bidang ketenteraan, kehakiman dan lain-lain. Mereka yang tidak mempunyai
kelayakan untuk meningkat dari peringkat ini akan disalurkan kepada
bidang-bidang yang diperlukan oleh masyarakat. Usaha-usaha pembangunan
memerlukan kepada orang yang mahir di dalam bidang perangkaan dan juga
dalam bidang perusahaan untuk menyelia kilang-kilang perusahaan dan
lain-lain bidang yang memadai dengan kelulusan setakat peringkat ini.

Seandainya
sistem ini lengkap dan diikuti, maka ia akan dapat menyediakan peluang
bagi semua orang di samping dapat mencungkil bakat- bakat yang ada pada
mereka. Maka, sesuatu tugas tidak akan diletakkan ke atas seseorang yang
tidak mempunyai kelayakan untuknya.

Ketiga, untuk mengatasi
kemiskinan ialah dengan menyediakan kemudahan hidup bagi golongan yang
tidak berdaya untuk bekerja, selain kemudahan yang disediakan untuk para
pekerja dan juga bagi mereka yang memiliki bakat untuk mencungkil
kebolehan mereka. Golongan yang tidak berdaya antaranya orang-orang tua,
golongan wanita dan anak-anak yatim yang sudah tentu kehilangan tempat
bergantung hidup. Maka, wajar bagi agama Islam untuk menyediakan
kemudahan hidup bagi golongan ini dan tidak mengabaikannya. Rasulullah
s.a.w. bersabda, maksudnya: sesiapa yang meninggalkan harta, maka ia
adalah untuk waris-warisnya dan siapa yang ditinggalkan tanpa sebarang
harta, maka ia terpulang kepada aku dan menjadi tanggung jawabku
(diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim). Hadis ini jelas menunjukkan
bahawa sesiapa yang mati dan meninggalkan harta, maka harta itu adalah
untuk waris- warisnya, dan sesiapa yang mati meninggalkan tanggungan
tanpa sebarang harta, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa mereka
itu adalah terpulang kepadanya dan pembiayaan mereka adalah menjadi
tanggungjawabnya. Ini bermakna tanggungjawab terhadap anak-anak yatim
ini memberikan perlindungan, bimbingan dan pemeliharaan terhadap mereka
sehingga

membolehkan mereka menjadi seorang insan yang
berguna di masa hadapan. Tugas ini terletak ke atas Rasulullah s.a.w.
kerana pembiayaan mereka adalah dijalankan mengikut syariat Islam.

Agama
Islam telah mengemukakan tiga sumber untuk memenuhi keperluan golongan
kurang berdaya ini iaitu pertama, sumber harta Baitulmal. Setiap
pungutan atau kemasukan ke dalam Baitulmal adalah untuk orang miskin
kerana ia merupakan hak mereka dan wajib dikeluarkan kepada mereka
secara teratur, amanah dan adil. Kedua, sumber zakat iaitu pengeluaran
dari sumber ini hendaklah didahulukan kepada fakir miskin dan mereka
yang terputus perbelanjaan semasa dalam perjalanan. Jadi mereka
hendaklah diberi peruntukan dari harta zakat. Dan ketiga, melalui dasar
'nafkah' terhadap kaum keluarga, kerana agama Islam mewajibkan keluarga
yang kaya memberi nafkah kepada keluarga yang miskin dan tidak mampu.

KEADILAN SEJAGAT
Hubungan
antara orang Islam dengan bukan Islam telah ditegakkan sejak dari
mulanya di atas dasar kasih sayang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud: Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku
adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan
tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu. Sesungguhnya Allah menyukai
orang yang berlaku adil. Allah hanya melarang kamu menjadikan sebarang
kawan kamu dari orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusirkamu
dari negeri kamu dan membantu untuk mengusirkamu, dan barangsiapa yang
menjadikan mereka itu sebagai kawan, maka mereka itulah orang yang zalim
(Surah Al-Mumtahanah: Ayat 8 dan 9).

Perasaan kasih sayang
merupakan asas perhubungan kemanusiaan. Apabila berlaku permusuhan dan
meletus peperangan, maka "keadilan" adalah menjadi kata pemutus dalam
keadaan ini. Orang Islam mesti melaksanakan keadilan biar betapa kuat
sekalipun permusuhan itu. Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:
Danjanganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong
kamu untuk tidak berlaku adil, berlaku adillah, kerana adil itu lebih
hampir kepada takwa (Surah Al-Maa'idah: Ayat 8).

Ini menunjukkan
sifat kebencian yang melulu akan mendorong berlaku sikap tidak adil.
Keadilan merupakan hak suci yang ditentukan dan sama-sama dinikmati
bahkan oleh pihak musuh. Maka, apabila berlaku permusuhan, undang-undang
keadilan mengehendaki supaya ditentang permusuhan tersebut selaras
dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: barangsiapa yang menyerang
kamu, maka serangilah ia selaras dengan serangannya terhadap kamu,
bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah berserta
orang-orang yang bertakwa (Surah Al- Baqarah: Ayat 194). Sekiranya
mereka tidak melahirkan permusuhan, maka orang Islam tidak berhak untuk
menyerang mereka kecuali sekiranya diyakini mereka membuat persediaan
untuk melakukan permusuhan. Orang Islam tidak seharusnya menunggu
sehingga mereka melancarkan serangan, malah harus menyerang terlebih
dahulu sebelum diserang. Ini kerana sebaik-baik pertahanan ialah
melakukan serangan apabila terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa mereka
akan melancarkan serangan terhadap orang Islam.

Agama Islam juga
mewajibkan umatnya sentiasa "menepati janji" apabila membuat ikatan
perjanjian dengan pihak musuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
hendaklah kamupenuhi janji kerana sesungguhnya janji itupasti diminta
pertanggungjawabnya. Islam menekankan bahawa menunaikan janji itu
merupakan suatu "kekuatan", dan Islam menekankan supaya janji itu
ditepati dan ditunaikan. Di dalam al-Quran terdapat suatu ayat yang
tegas menekankan supaya janji hendaklah ditunaikan, iaitu firman Allah
s.w.t. yang bermaksud: Dan tepatilah perjanjian dengan Allah, apabila
kamu berjanji danjanganlah kamu membatalkan sumpahmu itu sesudah
mengukuhkannya, sedangkamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu,
sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat. Danjanganlah kamu
seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal
dengan kuat menjadi cerai berai kernbali dengan menjadikan sumpahmu
sebagai alat menipu di antara kamu disebabkan adanya satu golongan yang
lebih banyak jumlahnya dari golongan yang lain, sesungguhnya Allah hanya
menguji kamu dengan hal itu dan sesungguhnya di hari Kiamat akan
dijelaskannya kepada kamu apa dahulunya kamu perselisihkan itu, dan
kalau Allah mengehendaki, nescaya ia menjadikan kamu satu umat sahaja,
tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan sesungguhnya
kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan dahulu.
Danjanganlah kamujadikan sumpahmu sebagai alatpenipu di antara kamu yang
menyebabkan tergelincir kaki kamu sesudah kukuh tegaknya dan kamu
rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia darijalan
Allah dan bagi, kamu azabyang besar (Surah Al-Nahl, Ayat 91).

Berdasarkan
ayat al-Quran tadi, dapat dijelaskan tiga perkara pokok terpentmg.
Pertama, janji yang paling diutamakan ialah janji terhadap Allah s.w.t.
dan sesiapa yang mencabulnya maka ia mencabul janji Allah s.w.t.. Kedua,
perjanjian itu sendiri merupakan "kekuatan" dan menunaikannya adalah
merupakan suatu "kekuatan" pula. Dengan sebab itu, dibandingkan orang
yang mengkhianati janji itu seumpama seorang perempuan yang menghuraikan
benang yang sudah dipintal kemas kemudian terburai. Mengkhianati janji
akan menggelincirkan kaki seseorang sesudah kukuh tegaknya. Perjanjian
mengukuhkan perdamaian, dan di dalam perdamaian itu terdapat kekuatan
dan pengukuhan, mengkhianatinya akan menghapuskan pengukuhan tersebut.
Dan ketiga, tidak sepatutnya masyarakat yang ramai dan pemerintah yang
banyak dijadikan sebab untuk mengkhianati janji. Dengan sebab itu
diterangkan di antara sebab-sebab mengkhianati janji yang tidak benar
ialah "disebabkan adanya satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari
golongan yang lain."

Penegasan untuk menunaikan janji itu sendiri
merupakan "keadilan", kerana di dalam "janji" terdapat hak-hak dan
pembahagiannya, iaitu yang diistilahkan oleh ahli-ahli undang-undang
dengan "perundangan ikatan". Jadi menunaikan janji itu adalah
melaksanakan keadilan yang terkandung di dalamnya.

Janji ini
tidak boleh dikhianati hanya didasarkan kepada sangkaan bahawa pihak
lain akan mengkhianatinya. Persediaan yang dilakukan oleh pihak musuh
itu sendiri tidak boleh dijadikan sebab untuk mengkhianati janji kecuali
jika terbayang niat dan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka akan
mengkhianati janji tersebut, maka ketika itu baru boleh dikhianati janji
dengan mereka. Pernah diriwayatkan bahawa orang-orang Islam telah
mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa orang-orang Musyrikin Makkah
membuat persediaan perang selepas Perjanjian Hudaibiyah. Sebaliknya,
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka, tunailah janji terhadap mereka
dan mintalah pertolongan dan Allah terhadap mereka. Tetapi seandainya
terdapat tanda-tanda pengkhianatan dari mereka, maka hendaklah
dikembalikan perjanjian itu dan mereka hendaklah diberitahu tentang itu.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: dan jika kamu mengetahui
pengkhianatan dari satu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu
kepada mereka dengan cara yang jujur (Surah Al-Anfal: Ayat 58).Selamanya Titashttp://www.blogger.com/profile/08964587374388676825noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3177566869291671236.post-32664985576626539982012-03-26T07:14:00.001-07:002012-03-30T07:26:17.297-07:00MUQADDIMAH

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia

yang terunggul di dunia. Kehebatan tamadun Islam telah mengubah

arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat

hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam yang

telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Tamadun Islam

lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa

membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih

mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik

(kebendaan) walaupun soal akhlak insan terbiar...

Selamanya Titashttp://www.blogger.com/profile/08964587374388676825noreply@blogger.com0